BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 19, 2009

Sifat Malu Perempuan


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak dulu lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita


Tips Cinta - Inilah Rahasia Cinta Sejati

ANDA ingin lebih disenangi pasangan, bisa membuat si dia melakukan apa saja yang Anda inginkan? Mungkin cinta sejatilah yang perlu Anda tanamkan dalam hati.

Ya, cinta sejati memang perlu ada dalam setiap hubungan percintaan setiap pasangan. Biasanya, seseorang yang menyimpan cinta sejati menjadi lebih menghormati, mencintai, dan menyayangi pasangannya sepenuh hati.

Seperti apakah wujud cinta sejati yang sesungguhnya? Inilah jawabannya, seperti dikutip Health24.

Mencintai pasangan apa adanya

Saat Anda merasakan cinta sejati menyelimuti hati, maka Anda menjadi pribadi yang menyenangkan. Anda pun dengan tulus menerima segala kekurangan dan kelebihan yang dimiliki pasangan.

Tidak berpaling

Anda tetap setia menjaga komitmen, meski saat itu ada orang lain yang memikat hati Anda. Anda pun yakin bahwa sang kekasih merupakan pilihan tepat untuk menjadi pendamping hidup.

Pengorbanan yang tulus

Anda tak berhitung lagi soal materi yang telah Anda berikan kepadanya. Anda pun rela berkorban untuk membahagiakan pasangan yang Anda cintai.

Memberi motivasi

Seseorang yang sedang mabuk asmara akan berbuat apa saja demi membahagiakan pasangannya. Termasuk juga melakukan hal-hal positif yang bisa melanggengkan hubungan cinta.

Sikap menghormati

Apabila Anda mencintai pasangan, Anda pasti akan memperlakukannya dengan sopan dan menghormatinya dengan baik. Hal itulah yang mampu membuat pasangan semakin cinta dan sayang kepada Anda.

Lelaki Idaman Wanita

ADAKAH ANDA MASIH BERSENDIRIAN DAN BELUM BERPUNYA?

Atau masih tercari-cari pasangan yang sesuai dengan diri anda? Adakah kerana anda kurang tampan menyebabkan anda belum mempunyai teman wanita lagi. Anda tidak perlu menjadi lelaki yang tampan seperti Prince William untuk menjadi lelaki idaman wanita hari ini. Tips berikut mungkin dapat membantu anda untuk menjadikan diri anda sebagai lelaki idaman wanita.

YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang percaya pada diri sendiri. Ciri ini mungkin sebagai bonus kepada lelaki. Untuk itu anda boleh mencuba dengan berdiri di depan cermin dan katakan "Saya adalah seorang yang terbaik" ataupun anda boleh mengeluarkan kalimah-kalimah lain yang membuatkan anda tampil dengan penuh yakin.

HUMOR

Anda jangan terlalu bersikap serius. Lelaki yang sentiasa bersikap serius ini membosankan. Luangkan masa dengan berkumpul dan berseronok di tepi pantai bersama kawan-kawan.

EGO

Wanita tidak suka lelaki yang ego. Oleh yang demikian, anda jangan merasa cemburu dengan kawan-kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita yang cantik. Cuba lihat dalam diri anda yang menyebabkan anda tidak disukai. Sebenarnya anda juga boleh mempunyai ramai teman di kalangan wanita sekiranya anda pandai menghormati mereka. Selain daripada itu wanita juga sukakan lelaki yang berpengalaman.

BERJAYA

Wanita tidak suka dengan lelaki yang lemah. Wanita akan gembira apabila temannya seorang yang mempunyai identiti diri dan berjaya. Anda tidak semestinya kaya, cukuplah anda seorang yang berkarisma dan kaya dengan pengetahuan dan pengalaman.

BIJAK

Sesetengah wanita mengatakan lelaki yang pandai adalah seorang yang seksi. Ini memang betul. Anda boleh memakai cermin mata mengikut peredaran zaman agar kelihatan bijak.

ROMANTIK

Apabila berdua-duaan, ucaplah dengan kata-kata yang indah seperti "Aku begitu menyintaimu" sambil menatap wajahnya, matanya dan memegang tangannya.

Kesimpulannya, untuk mencari leiaki yang sesuai dijadikan teman hidup sebaik-baiknya biarlah yang beriman dan ada pegangan agama agar dapat menjadi pelindung kepada keluarganya kelak.

Tips Bagaimana Cara Untuk Memikat Lelaki

Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:

· Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.

· Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

· Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).

· Jujur dan sentiasa merendah diri.

· Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.

· Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

· Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

· Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

· Jangan terlalu mengongkong.

· Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

· Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

· Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.

· Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

· Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

· Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

· Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

· Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

· Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

· Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

· Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

· Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

· Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

· Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

· Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.

· Mengetahui bila hari lahirnya.

· Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

· Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

· Agresif.

· Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.

· Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.

· Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.

· Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.

· Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

· Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

· Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

· Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

· Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

· Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.

· Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

· Jangan bersikap terlalu kuno.

· Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

· Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

· Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.

· Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

· Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

· Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

· Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

· Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

· Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

· Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...