BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 27, 2011

Hiasan Kata



*Kasih Sayang dan Cinta itu BUKAN semestinya datang dari PERTEMUAN atau PERPISAHAN ataupun sekadar UCAPAN manis di bibir...tetapi ia sebenarnya lebih tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam setiap DOANYA...

*TEMAN itu tak macam papan skate board, sebulum main kita gilap, dah main kita pijak. TEMAN itu tak macam bola sepak, sebelum main kita kejar, dah main kita tendang. TEMAN itu tak macam bulu tangkis, sebelum kita main, kita pegang, dah main kita pukul, TEMAN itu ibarat bola ragbi, sebelum kita dapat, kita rebut, dah dapat kita jaga dan lindungi. TEMAN itu macam jari lukanya sembuh sendiri dan hilangnya tanpa pengganti.

*Kalau suatu hari awak nak menagis, bagitahu saya. Saya tak janji akan buat awak tersenyum tetapi saya akan menangis bersama awak.
Kalau suatu hari awak ada masalah, bagitahu saya. Saya mungkin tak ada penyelesaiannya tetapi awak boleh berkongsi dengan saya.
Kalau suatu hari awak ingin berjalan pergi bagitahu saya, saya tak janji akan hanlang awak, tetapi saya akan berjalaan pergi bersama awak.
 Kalau suatu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita,
saya ade untuk awak.
Kalau suatu hari awak perlukan saya dan saya tiada, mungkin saya pula yang perlukan awak untuk DOAKAN saya.

Wednesday, November 23, 2011

Cinta Monyet



Cinta Monyet ini hanyalah kiasan bagi anak-anak remaja yang baru mengenal erti cinta. Macam monyet juga, bila lihat anak dara dia mula nakal. maklumlah bila diorang tengok pawagam bab cerita Cinta, bab cerita Bollywood, Romea dan Juliet. Jadi ramailah anak muda yang tergila-gila nak bercinta. Maka wujudlah Cinta Monyet ini.

Kebanyakkan mereka ni main ikut suka-suka aje. kalau anak sekolah lagi ramai main cinta monyet ni. ada yang cintanya betul-betul persis macam monyet. Ada juga  yang melampaui batas. kalau bangsa asing lainlah tapi ini anak-anak remaja Islam kita sendiri.

Kalau nak ikutkan Hukum Bab Islam, mana boleh bercouple. Hukum bercouple kan HARAM. kalau nak bercinta pun cintailah pada ilmu ukrawi dan duniawi. ini tak nak, cinta monyet yang dia nak. Aed bagi sekor monyet baru tahu.

Belum lagi balas jasa orangtua dah pun nak cinta monyet. kalau cinta monyet ni, apa yang sang kekasih nak, dibelikan. ada yang lebih teruk lagi, semua dia beri kat kekasih dia. Astagfirullaaa. inilah manusia. banyak dugaannya. Cinta monyet ni haram. Kerana mulanya cinta monyet ni pertama pegang-pegang tangan, senyum-senyum dan banyak lagi. maka banyaklah terjadi anak kandungan terbuang bab ternoda nim.

Memang mudah kita kata cinta pada Allah tapi bagi muda mudi yang sedang cinta monyet kebanyyakkannya terlanjur. terlanjur dari segala-segalanya. Ini hanya kiasan dari Aed aje. Terpulang pada anda nak ikut kata-kata saya atau tidak. 


Saturday, November 19, 2011

20 Tips Bahagia Selamanya

Kebahagian dalam rumah tangga takkan datang begitu saja. Perlu ada usaha untuk meraihnya. Usaha itu juga tidak boleh dilakukan sebelah pihak sahaja, suami dan isteri perlu sama-sama melakukannya. Berikut adalah 20 petua yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga mereka.

1. Jaga perasaan pasangan.
Jangan melakukan sesuatu yang diketahui menyakitkan hati pasangan.

2. Beri Perhatian.
Jadilah pendengar yang baik namun sekiranya anda sedang sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik dari anda mendengar acuh tak acuh.

3. Berkongsi kegembiraan.
Lewati waktu-waktu sedih, sukar atau bahagia bersama-sama dengan pasangan.

4. Menjaga sopan santun.
Jangan lupa mengucapkan kata terima kasih, tolong dan maaf. Ungkapan ini akan membuatkan pasangan rasa dihargai.

5. Senangkan hati pasangan.
Selalu berikan senyuman manis kepada pasangan agar dia senang dan berasa bahagia menjalani harinya.

6. Saling menghargai privasi.
Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian jadi hormatilah privasi pasangan. Selain itu jagalagh rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan.

7. Elakkan pernah mengucapkan kata-kata ini "Dulu lagi saya dah cakap.."
Kalimah ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuatkan pasangan berasa rendah diri.

8. Penyelesaian masalah.
Cari jalan terbaik bagi anda berdua bila berhadapan denagn masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.

9. Pertahankan bara cinta.

Selalu terbuka dn saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar hubungan selalu mesra.

10. Jangan suka membanding-bandingkan.
Trimalah pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya.

11. Ungkapkan dengan kata-kata.
Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan atau perasaan anada dengan kata-kata.

12. Awas bila mengkritik.
Jaga kata-kata andabila membuat kritikan jangan sampai menghiris hati pasangan.

13. Perhatikan masalah pertama muncul dalam rumah tangga.
Dua tahun pertama adalah masa yang penting bagi sesebuah perkahwinan. Belajarlah bekerjasama dan membinasakan diri dengan kehidupan rumah tangga.

14. Meminimukan konflik kewangan.
Sekiranya boleh usahakan untuk membuka akaun simpanan masing-masing dan juga satu akaun bersama. Bahagikan perbelanjaan rumah tangga dengan saksama agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati.

15. Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik dan masalah.

Pastikan waktu itu anda dan pasangan berfikiran tenang dan tidak lagi beremosi.

16. Saling memaafkan.
Pasangan anda juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan terlalu lama.

17. Jangan menoleh kebelakang.

Cuba menerima dan melupakan masa lalu pasangan terutama sekali yang negatif.

18. Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan.

Segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjejaskan hubungan.

19. Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan didalam konflik.
Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutaman di saat "genting" boleh mengaibatkan keadaan semakin keruh.

20. Cari bantuan pihak ketiga.
Jika rumah tangga terjebak dalam konflik yang serius dan anda tidak lagi dapat menanganinya jangan ragu mencari bantuan pihak ketiga saa ada penasihat rumah tangga profesional atau teman anda yang anda percayai.

Friday, November 11, 2011

Cara Lelaki Menguji Wanita




Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Sunday, November 6, 2011

Youuu Lar Bayar


Crazy bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja. Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!
Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)
Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!
Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI, dan BUKAN LELAKI KAT SINI LA.. hehe :lol: - yang kat sini semua baik-baik, tetapi segelintir…(yang mana marah dan terasa hati tu, haaa dia lah tu!)
Siap suruh girlfriend belanja setiap kali keluar makan dan minum, even tambang teksi, komuter, bayarkan payment kereta, malah top up pun suruh girlfriend belikan! MELAMPAU BETUL!
  • Okaylah dapat girlfriend anak lord…tapi cemburu buta pulak tu, memaki hamun girlfriend pulak setiap kali cemburu. Lepas tu pakai kereta girlfriend lagi…
  • Kalau girlfriend yang hanya makan gaji tapi berkarier tinggi sikit pun kenaaa jugak…minta belikan macam-macam keperluan dia, siap minta bayarkan kereta dia la, minyak kereta la, nak pergi bersiar-siar pun girlfriend yang keluarkan duit. Tak malu ke?
SOMETIMES tu boleh lah girlfriend belanja, bukan tak boleh langsung, tetapiJANGANLAH SURUH BAYAR. Kalau girlfriend nak belanja minum, or belikan Tshirt, Jeans… kadang-kadang tu best la jugak kan, but that’s it la! Apa ke benda sampai bayar macam-macam ni? Mana maruah anda sebagai lelaki?
All this selalunya alasan lelaki-lelaki ini adalah, ‘masih belajar’ – ‘masih menganggur’ – ‘kerja I tak sehebat kerja you’ – ‘I bukan anak orang kaya macam you’ so “Youuu la bayar!”
Yang peliknya,
  • the girl sanggup bayar pulak tu…dan selalu sebab takut boyfriend cari lain. ADOI! Takkan serendah itu martabat anda sebagai wanita? Kalau kerana anda tak mahu belanja dia, dan dia nak cari lain…BIARLAH! Biar dia cari lain…
  • Some girls pulak maybe fikir, umur sudah lanjut…dah in 30’s so fikir kena suap dengan duit la, kena belanja macam-macam baru lelaki ni nak kat dia…lepas tu dah bertahun-tahun, bamm!! Mamat tu tinggalkan dia!…Beribu-ribu ringgit habis untuk teman lelaki…now tinggal habuk je lah… :(
Pernah tak anda fikir sekiranya keluarga anda dapat tahu, yang anda menanggung segala-gala untuk boyfriend anda? …dimanakah maruah keluarga anda hendak letakkan? Malu ibu bapa anda nanti… Anak gadis yang diasuh sedari kecil dengan berbagai-bagai ilmu kehidupan dan pelajaran yang tinggi…bila dah besar, menanggung hidup laki yang bukan suaminya!! Aduuhh …malunya!
Macamana anda boleh terfikir lelaki sebegitu yang layak untuk dijadikan boyfriend? JAUH SEKALI nak dijadikan suami beb?! Takkan lah sampai macam tu sekali anda tak laku? Malah boleh percaya dengan kata-kata dan janji manis…
  • “Nanti bila I ada duit, I bayar semua okay. Duit I dah nak dapat ni…”
  • “Nanti kita kahwin, I tanggung semua okay sayang…sekarang, you la bayar dulu…”
  • “Kan I belum dapat kerja tetap lagi, you bantulah I dulu. Esok dah dapat kerja, you nak apa pun I belikan!”
  • “Bestnya la dapat girlfriend macam you… sayang kat you tau, nanti kita gi holiday you la belanja okay, you kan kayaaa!”
  • “Kalau you tak top up kat I, I tak nak jawab sms you lagi!”
PLEASE GIRLS! Open your eyes… Inikah lelaki pilihan you all?! Please la beb…
Dalam hukum syarak pun menyatakan suami tidak boleh menyentuh harta isteri. Melainkan isteri merelakan dengan niat membantu suami. Dan semua tanggungjawab memberi nafkah adalah atas suami, mengikut kemampuannya.
Pastinya give and take tu baguslah, saling bantu membantu untuk meringankan beban, TETAPI itu setelah berkahwin, dengan kerelaan isteri! SEKARANG BELUM KAHWIN!!…
Yang sepatut anda cari adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang ketua rumah yang provide kemudahan dan kesenangan untuk keluarga. Sederhana pun Alhamdulillah asalkan dia layak dan berkemampuan, kalau dapat yang stabil atau berduit tu…or kaya, it’s a bonus la.
BUT…kalau yang sangap tak terdaya nak menanggung diri tu, why la you nak bercinta dengan dia?… kalau diri sendiri pun tak tertanggung macamana nak menanggung anak orang? Lepas tu ada hati nak bercinta pulak tu…
Kalau layan baik, mesra, menghormati, pandai ambil hati keluarga you, menggembirakan hidup you, membahagiakan, tak pa lah jugak, boleh lah beri peluang sedikit masa untuk meningkatkan taraf hidup.…TAPI, layanan buruk pulak tu, kena hina, kena maki, ada yang kena pukul…
  • Guys, kalau tak ada duit tuu, berusahalah bersungguh-sungguh sampai berkemampuan. Then barulah bercinta! Buat malu kaum lelaki je suruh girl bayar… “YOUUU LA BAYAR!!” :D
P.S : GIRLS, Jangan Biarkan diri anda kesepian tanpa lelaki yang menghormati, menghargai dan menyayangi anda! Dapatkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...