BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 9, 2009

Lelaki Adalah Pemurah CINTA

Ini bukan aku yg cakap k so pompuan jangan lah cepat melenting. hehehe..Menurut John Gray dalam bukunya Men are from Mars, Women are from Venus menyatakan bahawa lelaki dan wanita mengira markah dalam memberi dan menerima cinta dengan cara yang berbeza. Bagi lelaki, mereka cenderung memberikan markah yang lebih besar (20, 30, 40 poin) untuk setiap cinta yang mereka beri sedangkan bagi wanita mereka hanya berikan 1 poin setiap tindakan kasih yang diberi atau diterima setiap waktu.

Lelaki dan wanita masing-masing sentiasa mengambil kira setiap kasih sayang yang mereka beri atau terima dalam sesuatu hubungan dan apabila kasih sayang ini menjadi tidak seimbang antara mereka berdua dimana salah seorang memberi lebih dan yang seorang lagi kurang, maka kebencian akan wujud antara mereka. Di sinilah pentingnya komunikasi dalam mengembalikan keseimbangan hubungan ini.

Contoh: Seorang lelaki mungkin menghitung hadiah yang berharga RM200 sebagai 20 poin, tetapi seorang wanita akan menghitung setiap hadiah yang diterima sebagai 1 poin sahaja. Bagi wanita, jumlah poin dikira dengan mengambilkira perkara yang berlaku, contohnya balutan hadiah 1 point,persekitaran hadiah di beri 1 poin (lilin, muzik, privasi, lokasi- setiapnya satu poin), kad 1 poin, bunga 1 poin.

Ini tidak sama dengan cara lelaki memberi poin dan jelas mendatang ketidakseimbangan dalam perhubungan. Biasanya lelaki sudah menyangka ia sudah memberi kasih sayang yang secukupnya. Tapi bagi perempuan ianya tidak memadai.

Di sini diambil sedikit petikan dr buku 'men are from mars, women are from venus'

1. 'Lelaki adalah dari planet marikh, wanita dari planet zuhrah'

Ayat tersebut adalah sebagai perumpamaan kepada perbezaan sifat lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran, tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan.”Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.


2. 'Si tukang betul' dan 'si penyempurna'-rumahtangga.

Wanita sering mengadu bahawa lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka. Lelaki pula mengadu bahawa wanita sering cuba membetulkan mereka dan membetulkan cara mereka melakukan kerja. Lelaki menilai diri melalui kekuatan, persaingan dan pencapaian. Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri. Manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.


3.Lelaki 'sorok dalam gua' dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih mahu berbicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain. Mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian. Pada ketika itu, mereka akan senyap, hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing, kurang respon dan bersifat pelupa. Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan. Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan. Wanitabukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami. Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Disini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta. Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh pasangannya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka. Wanita pula memerlukan kasih saying dan dijaga dimana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum. Jika lelaki bicara, mereka akan maksudkan secara terus, spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar. Disini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita pula bicara untuk banyak sebab. Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya, dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..


6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan, mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.


7. Wanita seperti ombak

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak, mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun, mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Apabila saat perasaan ombaknya memecah, seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.


8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjung, pengesahan, sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Apabila lelaki rasa tercabar, dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka. Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu. Biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.


10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Tetapi bagi wanita, semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.


11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.


12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

1. Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak. Buat secara ringkas dan berterus terang.

2.Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

3.Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.


13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan,kita harus memahami terdapat banyak musim dalam percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...