BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 12, 2009

Kenapa Lelaki Curang?

Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

Sering Berjauhan

Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya

Komunikasi Yang Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

Landasan Hubungan Yang Rapuh

Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

Merasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

Sikap Yang Mengada-ngada

Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!

Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

Fakta Mengenai Cinta

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Resepi Cinta

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...