BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 10, 2012

7 Sebab Cinta Tak Dihargai

Aduh...mmg pedih hati, kalau cinta yg disemai suci dlm hati yg luhur. Tidak dihargai insan yg kita sayangi. Mmg agak sukar menerima keadaan tsebut. Oleh itu, kita harus ketahui apakah sbb cinta kita tk dihargai.
7 sebab CINTA tak dihargai…
1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.
2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.
3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKASuka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!


4) TERPENGARUHTerpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.
5) TEMAN KESUNYIAN.Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih.
6) SAINGAN ORANG LAINSemata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…
7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…

Friday, June 1, 2012

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating


1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.
2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.
3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.
4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.
5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

Nak Kekal Dalam Bercinta


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KELIMA.Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.
KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’
KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATUAda ketikanya anda perlu bersendirian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...