BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 19, 2011

Apa Itu Cinta?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Monday, April 18, 2011

Tips Bagaimana Nak Tackle Hati Wanita. (Khas Untuk Lelaki Sahaja)


Hati wanita dan lelaki tidak pernah sama. Semua orang pun tahu hati perempuan jauh lebih “touching” berbanding lelaki. Kekuatan seseorang perempuan terletak pada jiwanya. Di sini saya akan singkapkan bagaimana nak tackle dan lembutkan hati seseorang perempuan. Teruskan membaca.


Memang dah jelas jiwa perempuan lebih “touching” berbanding lelaki. Buktinya, isteri yg kematian suami akan terus berduka dlm jangka masa yg panjang. Ada yg terus berjanda kerana tidak dapat lupakan arwah suaminya. Tetapi sebaliknya, suami yg kematian isteri tak ambil masa lama utk dapatkan pengganti.

Jika anda berjaya tawan jiwanya, dah pasti anda dapat cairkan hatinya. Point yg paling penting untuk tackle wanita adalah “serang” jiwanya dgn gunakan kelembutan.

Sebarang kelemahan suami, isteri akan terima. Walau macam mana tak hensem pun anda, hatinya tetap pada suami tercinta. Hanya satu perkara yg wanita ni tak dapat terima. Iaitu jika suaminya itu bersikap kasar. Banyak kita dengar kat berita suami memukul, kasari isterinya supaya isterinya akur dan tunduk padanya. Tapi sebenarnya perbuatan tu hanya akan menyalakan hati benci kepada suami.

Sebaliknya untuk menguasai jiwa isteri. Anda perlu berlembut, bercakap bahasa yg baik. Gunakan pendekatan “memujuk” ketika mengarahkan isteri. Dengan cara itu si isteri akan lebih akur pada anda. Bahkan, apa yg anda inginkan akan dia penuhi. =)

Mengatasi Frust Putus Cinta


Aduh… putus lagi… putus lagi ! Kenapa hal ini harus terjadi padaku !” Mungkin itu yang sekarang bakal terlintas di benak kamu – kamu yang baru aja putus cinta. Sebenarnya, putus cinta itu suatu hal yang biasa dalam kehidupan manusia, yang menjadi tidak biasa ketika kita menghadapinya dengan penuh ke-shock-an, tanpa disangka- sangka. Jadi, daripada mengeluh, lebih baik cari cara mengatasi kepahitan agar kepedihan hatimu cepat hilang.

Pilih saranan yang sesuai dengan hatimu. Disini saranannya:

+ Legakan hatimu


Langkah pertama, khusus buat gadis – silakan masuk bilik dan menangislah sepuasnya . Ingat semua memori yang indah selama kamu berdua, kemudian menangis sampai kering air mata . Kalau perlu putar saja lagu – lagu sentimental biar air mata keluar lebih deras lagi. Buat hati kamu jadi lega. Bila sudah lega, tidur saja. Bangun nanti kamu akan lebih berasa segar sedikit.

Buat lelaki, pukul apa saja yang kamu mahu (jangan pukul orang). Karung tinju adalah tempat terbaik buat lelaki-lelaki yang baru putus melepaskan perasaan marah, geram, sedih , kecewa dan sebagainya.


+ Remember the bad things


Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan kamu. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang kamu anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya kamu maafkan juga (dulu) kerana masih sayang .Setelah itu, kamu baca senarai yang baru kamu buat. Kamu bakal sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Kamu beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.


+ Bye Bye Bye


Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih kalian berdua dulu. Mulai dari foto – fotonya, sehinggalah teddy bear yang dia berikan sewaktu Valentine. Ini penting, biar ingatan kamu cepat lupa segala kenangan bersama. Jika tidak, kamu akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala melihat barang-barang pemberiannya.


+ As Bad As I Wanna Be !


Yup ! Jadi gila-gila sedikit asalkan tidak melampau batas ! Lakukan saja hal – hal yang dia larang semasa kalian berkasih dulu (tentunya yang bukan negatif atau yang mendatangkan kesan buruk bagi diri kita sendiri). Seperti, hal – hal yang dulu kamu tidak pernah cuba. . Misalnya, dulu dia melarang kamu menyertai ekspedisi memanjat gunung, sekarang sertai saja mana-mana kegiatan lasak yang kamu minati dan lakukan!. Puas kan ! Tiada siapa melarang lagi! Begitu juga dulu dia melarang kamu bermain bowling bersama teman-teman . Sekarang kamu ada banyak masa untuk melakukannya. Bak kata lakukan apa yg dulu dia tak suka anda lakukan ketika bersama dia dulu#8230;


+ Create things

Putus cinta itu kadang-kala menimbulkan inspirasi tersendiri bagi sebahagian orang untuk berkarya. Ini positif. Kalau kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi menceritakan juga tentang pahit getirnya. Jadi kreatiflah! Anggap kejadian yang menimpa kamu itu bukan musibah, tapi anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tau esok kamu bakal jadi pereka fesyen ternama setelah mengeluarkan ciptaan unggul yang bertema “Pieces of My Broken Heart”



+ Berkumpul Bersama Teman

Hindari menghabiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa kamu. Jemput teman-teman kamu ke rumah, sewa/beli VCD banyak-banyak dan menonton ramai-ramai. Kamu juga dapat mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa bersama teman-teman seperti waktu lalu.

+ Cari penganti !

Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya… , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan luas. Kumbang dan bunga bukan seekor. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin yang baru lebih baik dari yang lepas.

+ I will survive…


Dengarlah lagu “I will Survive” yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya… I will survive. As long as I know how to love I know I’ll be alive. I’ve got all my life to live. I’ve got all my love to give. I will survive.

Ya! Kehidupan perlu diteruskan… … …

Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru

Tips Asas Bercinta

Kebanyakan daripada kita pasti pernah bercinta dengan orang yang kita sayang. Mungkin daripada anda pernah bercinta lebih daripada sekali ataupun hanya cinta pertamanya membawa ke jinjang pelamin. Tips bercinta untuk anda amalkan ;

1. Bercintalah dengan ikhlas dengan pasangan anda.

2. Terimalah pasangan anda seadanya.

3. Bersabarlah dalam bercinta kerana pasti ada pasang dan surutnya.

4. Bertolak ansur dan jangan bersikap kasar terhadapnya.

Jika elemen-elemen seperti ini diterapkan semasa kita bercinta, pasti akan membuatkan diri anda rasa dihargai dan disayangi selalu. Selamat bercinta!

Monday, April 11, 2011

Rahsia Seks Lelaki


Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jima’

Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’

Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...