BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 11, 2011

Kasih Sayang Pengubat Jiwa



KASIH SAYANG

kasih sayang itu titi ,
kasih sayang penghubung hati,
kasih sayang itu tali ,
kasih sayang pengikat diri,
dari kasih sayang timbul simpati,
dengan sayang ada persaudaraan
kerna kasih ingin berkasih
saling sayang maaf memaafkan
kasih sayang itu baja
kasih sayang penyubur jiwa
kasih sayang itu penawar
penguat cinta
penghapus duka
kasih manusia sering bermusim
sayang manusia tiada abadi
kasih tuhan tiada bertepi
sayang tuhan janji - NYA pasti....amin

Hati-Hati Pilih Pasangan...Sekadar Peringatan!


PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.

Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?

Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.

Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan

- Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.

Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta

- Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai

- Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu

- Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.

Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing

- Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak

- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita


Khas buat kaum lelaki, harus ingat dalam bercouple or berumahtangga, ada beberapa perkara kita jangan beritahu kaum wanita. Kenapa...baca info di bawah ni dengan teliti ya.

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

5. Jangan jadi ‘anak emak’

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

Thursday, February 10, 2011

Bunga Bunga Cinta Makin Mekar Kembang


Bunga2 cinta makin mekar kembang, bila sayang mula bertakhta di hati.
Bila engkau sentiasa menyentuh pintu hatiku.
Betul ke?
Entahlah...payah bila fikirkan soal cinta ni.
Apa2 pun layan je lagu ni.





Bunga-bunga Cinta- Misha Omar

Hmmm.oh...
Dikalaku kesepian
Dihanyut ombak nan resah
kau mengubati kerinduan

Dikalaku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku


(1)
Kini Segalanya telah berubah
cintaku hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku


(2)
Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua



(3)
Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan...Dedaunan keguguran
Dahan nan kerapuhan
Bunga2 cinta...layu dipusara
Hmmm...hmmm...


Dikalaku kerinduan
Dihembus angin nan pilu
Kutatapi wajah dirimu

Dikalaku keseorangan
Di hanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini

(repeat1,2,3)

Hanya satu ku pinta oh darimu
Hargailah cinta kita oh..
Gelora menikam jiwa ini
Melanda di ha

Indahkan Detik Bercinta


“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang....Betulkan??

Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna....bagaimana caranye? Baca article di bwh ni:

1. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

2. Iklan di surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video calluntuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...