BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 23, 2011

Benarkah Cinta Itu Menyakitkan?


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.





Wednesday, October 19, 2011

Ambil Langkah BERJAGA-JAGA Untuk Cinta


·       Apa yang pnting jika anda berasa tidak selesa dengan hubungan tersebut arau berasakan ada sesuatu yang tidak kena, ikut naluri hati anda itu.

·       Berfikir secara realistik - jangan mengharap pasangan anda berubah. Jangan percaya apabila dia berkata apa yang dia lakukan salah anda.

·       Jika anda hanya berdua bersama dia dan keadaan buruk bertukar menjadi sangat teruk dengan api amarah tidak dapat dibendungdan anda amat takut, bertindaklah untuk menyelamatkan diri. Lakukan apa juga untuk memastikan anda selamat dan dari situ baru boleh buat langkah seterusnya.

·       Jangan minta putus hubungan secara tiba-tiba atau mengugut untuk berpisah. Sebaliknya rancang dan bercakaplah dengan seseorang yang anda boleh percaya. Keganasan adalah punca utama wanita mengalami kecederaan lebih tinggi daripada kemalangan jalan raya, disamun atau dirogol.

·       Bincang dengan seseorang. Sesetengah orang tidak pasti sama ada hubungan yang dilalui mempunyai unsur keganasan. Beritahu seseorang yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga, rakan baik, kaunselor sekolah dan terus-terang mengenai senario hubungan yang anda sedang lalui.

·       Didik diri anda. Hubungan ganas boleh dielak jika anda perasan pasangan anda ada tingkah-laku suka mengongkong, mood yang berubah secara tiba-tiba atau ancaman ganas segera dapatkan bantuan.

·       Keluar beramai-ramai. Jika ingin berdating keluarlah beramai-ramai. Dating secara berkumpulan dengan orang yang anda kenal bagi mengelakkan anda bersendirian dengan pasangan.

P/s : Dari [Eyqasara]

Friday, October 14, 2011

Saya Pernah Pesan Kat Awak




Saya pernah pesan kat awak...kalau awak ada masalah cerita pada saya...
Awak cakap tak pe..awak tak mahu menyusahkan saya...
tapi awak tak sedar awak sebenarnya menyusahkan hati saya...
tak pe lah... janji awak bahagia..

Saya pernah pesan kat awak..kalau awak bosan mesej saya...
Awak cakap tak pe.. awak tak mahu ganggu saya...
tapi awak tak sedar awak sebenarnya gangu emosi saya...
tak pe lah.. asalkan emosi awak tak terganggu...

Saya pernah pesan kat awak..kalau awak bersedih bagitahu saya...
Awak cakap tak pe..biar hanya awak yang tanggung kesedihan ni..
tapi awak tak sedar awak sebenarnya buat saya sedih dengan perangai awak...
tak pe lah... demi awak saya simpan kesedihan ni..

Saya pernah pesan kat awak.. kalau saya merajuk awak tak payah pujuk...
Awak cakap okey... Awak takkan pujuk saya...
Tapi awak bukan saja tak pujuk saya.. malah tak mesej saya...
tak pe lah.. mungkin awak tak faham maksud saya...

Saya pernah pesan kat awak.. kalau awak dengan saya, awak mesti senyum...
Awak cakap okey,walaupun awak sebenarnya tak mahu...
Tapi awak tak sedar awak sebenarnya mengundang hampa dihati saya...
tak pe lah.. mungkin awak tak perasan...

Saya pernah pesan kat awak.. kalau tak keberatan nanti telefon saya...
Awak cakap tak nak...sebab awak dah selalu jumpa saya...
Tapi awak lupa yang bila-bila masa saja awak takkan dapat jumpa saya langsung...
tak pe lah.. mungkin saya tak penting bagi awak...

Saya pernah pesan kat awak.. bila naik motor berjalan jauh bagi tahu saya..
Awak cakap awak tak mahu..sebab takut saya risau...
Tapi awak tak tahu yang saya lebih risau bila tiada khabar berita dari awak...
tak pe lah.. mungkin saya yang terlalu mengongkong..

Saya penah pesan kat awak.. saya tunggu awak pulih dari kemarahan awak..
sampai sekarang saya masih menunggu awak hubungi saya...
Tapi awak tak mesej saya... apa lagi menelefon saya...
Tak pe lah... mungkin awak sibuk...

AWAK...saya buat semuanya kerana sayangkan awak...
Saya tak kisah apa pun orang sekeliling cakap...
Asalkan saya tahu awak selamat dan bahagia...
Tapi bahagia ke awak dengan saya...?
Saya rase awak masih samar-samar dan tak jumpa maksud saya...
Awak mungkin baca entry ini.. mungkin juga tidak..
Kalau awak baca, saya ucapkan terima kasih...
Satu penghargaan buat awak...

P/s : Dari [Eyqasara]

Monday, October 10, 2011

7 Pesanan Bicara Soal Cinta


Jika pertanyakan soal hati dan persediaan...Aku ingin sekali memaklumkan kepada kamu... langkah sepatutnya kamu ambil tahu... Ini hanyalah berdasarkan situasi yang pernah aku lalui. Terpulang sama ada mahu ikut atau tidak. Sebarang paksaan tidak dikenakan. *cewah! macam nak charge ape je...

Simbolik perjalanan sebuah cinta mudah saja. Ada dua manusia, si A dan si B. Menuju satu cita iaitu mengejar cinta. Jarak menuju "CINTA" itu sama saja. Tak ada bezanya. Bezanya cara mereka menuju ke arah cinta itu bagaimana. 
Si A, menuju ke arah cinta dengan mudah saja. Melalui jalan lurus. Erti kata lain, tanpa halangan dia mudah mendapatkan cinta, dalam masa yang pendek. Manakala Si B, menuju ke arah cinta dengan perjalanan yang bersimpang siur. Sudah semestinya mengambil masa yang lama untuk menemui apa itu cinta.

Cinta yang mudah dimiliki, sekejap saja perjalanannya. Perhatikan... Banyak apabila cinta itu terlau mudah dimiliki tanpa ada sebarang halangan, jodoh mereka selalunya tidak panjang. Allah memberikan mereka bahagia. Tetapi hanya sementara dan bahagia itu terbukti hanya pinjaman.


Lihat pula pada cinta yang amat mudah untuk dimiliki. Bertahun menanggung derita, pelbagai dugaan yang diharungi. Akhirnya bersatu juga tetapi lambat. Kebiasaannya mereka yang dah melalui pelbagai dugaan hebat ini diberikan nikmat yang sedikit panjang dari perjalanan cinta si A.


Apapun, itu adalah rencana ILAHI yang maha mengetahui. Sesungguhnya bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Carilah pedoman yang takkan pernah hilang selamanya dalam hati.

1- Sekiranya kamu bertemu sesorang, jangan pernah cuba untuk ingat tarikh perhubungan kamu bermula. Kenapa? Sebab setiap yang bermula pasti akan berakhir.. jangan ingat tarikh mula..kerana pasti akan ada tarikh berakhir.. Biarkan tanpa permulaan..kerana tidak akan ada perakhirannya.

2- Jangan pernah kamu mencintai atau menyayangi seseorang sepenuh hati kamu..kerana sekiranya dia melukai kamu, lukanya lebih parah dan sakitnya melebihi dari apa yang telah kamu beri padanya iaitu...

3- Jangan pernah kamu mempercayai seseorang 100%...Kerana sekali dia menghianati kamu, kamu akan terasa kecewa teramat kerana kepercayaanmu dipersia..

4- Sekiranya si dia pernah mengalami kisah duka yang dalam atas kerananya sendiri, berhati-hati kerana anda mungkin mangsa seterusnya.

5- Sekiranya kamu mencintai seseorang, jangan kerana kebaikannya, carilah keburukannya..kerana bila kamu mencintai kerana baiknya, semakin kamu temui keburukannya, semakin hati kamu hampa..begitulah sebaliknya.

6- Sekiranya kamu berkasih, terimalah apa ada dirinya seperti mana kamu mahu dia menerima kamu apa adanya.

7- Sebelum menerima sesiapa yang ingin disayangi, tanya sejujurnya hati kamu, dan hati si dia. Apakah sebabnya dia menyayangi kamu? Dan tanya pada diri kamu sendiri. Adakah kamu menerima dia kerana sayang atau kasihan? *point terpenting! kenali perasaan kamu.


P/s  : Post ini saya ambil daripada orang yang pandai menukil kata-kata cinta [eyqasara] Thanks for share.

Saturday, October 8, 2011

24 Peringatan Buat Wanita



1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...