BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 27, 2011

Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar

Seluar Jeans 
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan. 


Seluar Baggy 
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut. 


Seluar Warna Terang 
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah. 


Seluar Gantung / Hanger 
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia. 


Seluar Ketat 
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Tuesday, June 21, 2011

Kamu Yang Bernama Lelaki


Dalam kehidupan sekarang,ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah dan ramai yang sudah menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lid...ah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal.


Kini timbul pula kisah ‘pancing memancing’. Lelaki seakan-akan bangga, malah sangat bangga menceritakan bagaimana kehebatan mereka ‘memancing’ wanita kemudian lepas. Mungkin mereka nampak hebat apabila mampu buat begitu. Artikel kali ini saya tuju buat semua tapi khas buat kaum adam. Saya tuju untuk lelaki yang biasa-biasa, malah lebih khas lagi saya tuju kepada lelaki yang sangat taat pada agama, lelaki yang solat berjemaah di awal waktu, lelaki yang selalu bangkit solat malam, lelaki yang ayat-ayat al-quran selalu menari-nari meniti bibir, lelaki yang merasakan dia sudah cukup taat pada Allah tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pernah terfikir dia sudah menyakiti hati makhluk Allah yang lain iaitu wanita. Saya berdoa supaya setiap ayat yang saya tulis dalam artikle diredhai Allah dan semoga emosi tidak mengatasi niat untuk berkongsi.

Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian


Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?


Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?


Wahai lelaki

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami


Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas


Wahai lelaki

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan


Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?


Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya


“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita


Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.


“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,

tampan lelaki kerana kejernihan wajah.

Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.

Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.

Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh..''

Erti Cinta Bagi Seorang Perempuan

Apa ada dalam hati perempuan sebenarnya?

Perempuan seorang yang amat manja dan ingin dibelai. Tanya apa sukanya, mana perginya dan apa carinya. Kadang kala perempuan amat kecil hati bila langkahnya tidak pernah dipeduli atau perginya tidak pernah dicari...

Kerana dalam sejauh mana pun sang pengembara perempuan itu melangkah, dalam dirinya amat besar akan rasa cinta.

Perempuan amat hormatkan cintanya, andai cintanya juga dihormati. Dia memandang nikmat akan kehidupannya akan cantiknya satu suratan takdir.

Lelaki selalu berkata, bahawa sukar mencari seorang perempuan yang setia. Hakikatnya, setia sang perempuan bukan kerana harta benda dan rupa semata mata. Perempuan mahukan sebuah kehidupan bahagia.

Pimpin tangan perempuan kamu, lepaskan ciuman ringan dipipinya selalu, belai akan dirinya bagaikan kamu berkurun merindu dan hiasi hatinya dengan seloka cinta indah milikmu. Bulan indah itu menjadi milik kamu bila mana ada debar kuat menanti akan tirai malam yang berlabuh bisu.

Perempuan mahukan sebuah keluarga yang terisi akan sebuah kuasa zuriat dan cinta. Pandang mereka, seperti mana kamu meletakkan hormat tinggi pada sebuah nyawa yang paling berharga.

Kalau dia isterimu, jangan sesekali kamu tinggi akan suara, kalau dia kekasihmu kamu tanamkan padanya sebuah impian bahagia dan sekiranya dia tunanganmu, doakan agar kamu akan melangkah dengannya akan sebuah damai sehingga kehujung nyawa.

Jangan disukarkan akan segala dugaan yang melanda. Hidup kita ini sudah jauh dan cantik tersurat, kita harus yakin bahawa sekiranya itu mahu kita- doa dan letakkan satu harapan akan kukuh nilai cintanya.

Perempuan akan menangis, meratap dan akan menduga hati lelakinya. Kerana baginya kasih sayang itu akan hadir bila orang tersayang itu diduga dan memahami akan apa mahunya.

Jodoh kita, Allah tetapkan dalam suratan takdir sedari azali. Perempuan ialah insan terindah yang menghias hati dan pandangan. Kita orang perempuan harus bersyukur kerana dalam apa pun yang rasa kita takluki, kita masih insan yang mahu disayangi.

Sayangilah perempuan kamu,kerana dia menghias akan tirai malammu. Lelaki, pandanglah suci dan putih hati perempuanmu. Walau siapa pun dia dihatimu kini, ingatlah perempuan itu pernah tinggi kamu curahkan cinta padanya berkali-kali.

Suluhlah sayang pada perempuan milikmu, biar pun ia hampir mati akan rasa cinta yang semakin terpinggir. Katakan cinta kamu padanya, biar pun kamu berusaha teramat untuk mencari ia agar hadir semula.

Cinta itu tidak buta
kata ibuku pada suatu ketika
cinta itu tidak mati
kata hati di suatu hari
cinta itu tidak malu
kerana aku pernah merindu
cinta itu tidak pergi
di suatu masa ia akan tetap kembali...

Perempuan, kamu ialah bahagia bagi semua yang pernah mengenal dan mahukan akan cinta. Tulus hati kamu, tiada pernah luluh di pusaran masa. Hadirkan sayang kamu, kerana kamu yang terbaik dalam semua. Cintalah lelaki kamu, andai kamu itu akan miliki dirinya

Cinta Seorang Lelaki Terhadap Seorang Wanita

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-meluap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan

3 Sebab Wujud Perasaan Cinta



Perasaan cinta sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria gembira dan dihargai. Sebabnya cinta wujud daripada perasaan baik. terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.

Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang di bunuh dalam perhubungan cinta?



Salah satu punyanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.

Pakar psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.

Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.

Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya.

Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.

Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.

Jika seseorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.

Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaan sebagai orang yang normal.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.

Adakala, campurtangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuat pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.

Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.

Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau perempuan perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.

Orang yang sedang marah, sering bertindak di bawah sedar diri seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.

Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihati atau membawanya berjumpa kaunselor.

Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...