BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 2, 2010

Pikat Wanita Dengan Kata-kata

Tidak semua lelaki mempunyai kemahiran untuk memulakan sebuah bicara. Oranga selalu mengaitkan bahawa lelaki yang sudah berkahwin lebih pandai bermadah dan petah berbicara dalam menambat hati wanita. Lelaki bujang pula dilihat sebaliknya malah ada yang tergagap-gagap memulakan perbualan.

Bagi si bujang yang berhadapan dengan ini, ada seharusnya memperbaiki kemahiran ini. Jangan kerana tersilap cakap anda 'membunuh' semua usaha-usaha untuk memulakan sebuah perhubungan dengan wanita yang anda minati.

Oleh itu anda perlu anda tahu apa yang perlu diungkapkan ketika berhadapan dengan mereka. Ikuti panduan ini:

1. Puji Dengan Kata-kata Manis

Apabila anda meminati seorang wanita, ungkapkanlah kata-kata manis di awal perkenalan. Beritahu dirinya bahawa anda sudah lama memerhatikan dirinya, menyukainya dan menyenangi akan sikap-sikapnya.

Percayalah apabila anda memulakan sebuah pujian, sudah tentu si gadis manis yang anda puji itu akan tersipu-sipu malu. Wanita luarnya nampak seperti keras tetapi dalamannya sangat lembut. Jadi pujilah dengan kata-kata yang manis, percayalah si dia akan menjadi milik anda. Ungkaplah kata-kata yang anda menyukai dirinya dan tanyalah pada teman, adakah dia juga berperasaan yang sama. Sudah pasti mukanya akan merah tersipu-sipu malu.

2. Jangan Sesekali Mengeluarkan Kata-kata Kesat

Sesetengah orang suka bergurau dan ada kalanya perkataannya agak kasar didengari. Sekali pun bergurau, jangan anda memperlekehkan dirinya. Ini merupakan satu kesalahan yang agak besar dan kalau anda tersalah langkah, anda akan rugi kerana si dia sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan perhubungan. Tidak ada orang yang suka kepada perbuatan yang menyakitkan hati. Sebaliknya pujilah dia dan percayalah hubungan anda akan lebih bertambah mesra.

3. Jangan Bersikap Kasar

Memarahi, memperlekeh, memperbodohkan orang dan sebagainya adalah satu sikap biadab dan paling tidak digemari oleh wanita. Kadang-kala kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata begitu ketika bergurau dengan kawan-kawan lelaki tetapi ingatlah, jiwa wanita tidak sama dengan lelaki.

Jiwa mereka lebih sensitif dan mudah terluka. Jangan hanya disebabkan dengan satu dua perkataan begini, hubungan anda akan renggang. Bersopanlah kerana lelaki yang bersopan biasanya lebih disukai dan diminati oleh ramai wanita.

4. Jangan Tunjukkan Memek Muka

Memek muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sebuah perhubungan. Kalau si dia berbicara dengan anda, jangan sesekali membuat memek muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu. Sebaliknya, kalau anda tidak bersetuju dengan pendapatnya, berilah komen-komen yang agak positif.

Atasi Strees Dengan Cinta

Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, iaitu kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda, ada orang permainkan Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuat Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan.

Bagaimana Mengembirakan Hati Yang Sengsara Sedih Dan Kecewa

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda.Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang.

Saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, Kita mulakan dengan

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya

9 Petua Jadi Kekasih Idaman

Setiap individu tentunya mempunyai kelemahannya tersendiri,sebab itulah tiada yang mampu menjadi kekasih serba sempurna.Bagaimanapun,kamu masih mempunyai ruang untuk mengubah dirimu agar tersenarai dalam kategori kekasih idaman.


1-Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran.Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu lebih mengenali siapakah dirinya yang sebenar ketika kamu bertemu dengan insan yang tepat untukmu


2-Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau sesiapa saja kalau kamu tidak menghormati mereka.Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri.Untuk mula menghormati diri sendiri,kamu patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormati dalam diriku?”.Sementara itu,bagi mendapatkan perasaan hormat daripada orang lain pula,termasuklah daripada orang yang kamu tidak suka,kamu patut bertanya pada diri sendiri.”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3-Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta,kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu.Semakin banyak cinta yang kamu beri,semakin banyak yang akan kamu terima.Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang aku dapat beri?” dan bukan “Apa yang akan aku dapat?”.


4-Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu.Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya,bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan,kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5-Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenar.Tetapi agama islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta,kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.


6-Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang,bebaskanlah dia.Jika dia kembali kepadamu,jadi dia adalah milikmu”.Bahkan dalam hubungan percintaan,seseorang perlu ruang untuk dirinya sendiri.Jika kamu mahu belajar untuk mencintai,pertamanya kamu harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati.Mencintai bererti melepaskan rasa takut,curiga dan ego.”Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku,masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku-haru ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


7-Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kamu belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,hidup lalu berubah.Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya.Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.Jangan pernah takut untuk mengucapkan tiga kata-kata magik: “Aku cinta kamu”.Jangan pernah juga melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya.Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra,kerana ia mungkin boleh menjadi hari terakhir kamu melihatnya.Contohnya jika kam u akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta,siapa yang akan kamu telefon,apa yang akan kamu katakana dan sekarang kenapa kamu menunggu?


8-Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang melimpah ruah,kamu harus mampu menciptakan komitmen,dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran serta tindakanmu.Komitmen adalah ujian cinta sejati.Jika kamu ingin memiliki hubungan yang benar-benar sarat dengan rasa cinta,kamu harus setia dengan hubunganmu itu.Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan.Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur,dengan hubungan yang kuat.


9-Kekuatan semangat

Semangat,membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.Semangat yang terus berkobar,bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal,tapi datang dari komitmen yang dalam,kemahuan,dan rasa saling tertarik.Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya.Spontan dan kejutan dapat menciptakan semnagat cinta.Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sana yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat….



8 Cenderahati Paling Berharga

Cenderahati yang akan dinyatakan in tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1. kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi iaitu satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih syang secara lebih uth dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran andasebagai pembawa kebahagiaan.

2. mendengar

Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang yang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kiti diketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curaha hatinya terhadap anda, secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penialaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3. diam

Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan/ diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam jugaboleh menunjukkan perasaancinta kita pada seseorang keranamemeberinya ’ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudahbiasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.

4. kebebasan

Mencintai seseorang bukanbermakna memberikan kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkagkita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberikan kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnyauntuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5. keindahan

Siapa yang tidakbahagia, jikaorang yang kitasayangi tiba-tiba tmpil lebih kacak atau cntik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jikaanda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6. tanggapan positif

Tanpa sedar, kita memberikan penilaiannegatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaan mutlak hanya kepada dia. Kali ini, cubahadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cibalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannyademi anda. Cuba ungatkan semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7. sedia mengalah

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangan, apakah wajar sebuah hibungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji, tapi jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8. senyum

Percaya atau tidak, snyuman mempunyai kekuatan

10 Perkara Lelaki Harus Lakukan Ketika Awek Sedang Period

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu


2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu


3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.


5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.


6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara


8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.


10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..

Tips Untuk Yang Sedang Berpasangan

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda[/B][/COLOR]
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

8 Cara Luah Rasa Cinta

Manusia perlu mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati. Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia telah berpunya. Bagi yang tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yang aneh. Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman. Petua berikut mungkin membantu mengungkap isi hati :

1) Rancang dengan matang

Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan perbuat demikian ketika dia ada tetamu.

2) Kenali si dia dengan baik

Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

3) Ungkapkan cinta dengan sesuatu

Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

4) Cari waktu dan tempat romantis

Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.

5) Ungkapkan Cinta secara langsung

Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

6) Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum

Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau bermuka tembok saja.

7) Siapkan mental

Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengungkapkan kata cinta.

8) Doa sebelum mengungkapkan cinta

Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Jenis-Jenis Manusia Ni Couple

Awek cun + balak hensem
Couple ni rilek ja....org tgk pun nmpk senang n yg jeles pun ada..huhuhu

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem.
balak ni selalunya msti akan rs bangga sbb dpt awek cun.kdg2 mesti pkai spek itam konon2 nk bagi balance ar.sk buat lwk nk tambat ati awek dia dan selalunya dompet balak ni mesti tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Awek ni kalau kuar ngn balak dia mesti pegang tgn kuat2 punya taknak lepas.selalunya awek jns ni sgt2 cemburu n kalau tgk pmpn cun lalu ja sebelah balak dia,mesti buat jelingan maut punya...

Awek tak cun + balak tak hensem
tak da sapa pun peduli couple ni..no komen...

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seorang lelaki msti bangga bila dpt dikelilingi dgn sekumpulan pmpn. Selalunya lelaki ni akan buat lawak yag tak seberapa lwk tapi dpt tgk pmpn2 tu punya gelak mcm tgk prsembhn Raja Lawak!

Awek cun berpakaian seksi
Mesti akan dapat tumpuan org ramai,tapi dia tak kisah pun.Mmg dia buat utk tayangan umum.

Awek tak cun berpakaian seksi
Waaaahhh!!! tobat cepat sblm dgr kata2 pedas org ramai."dh la tak lawa, pakai seksi plak!". Selalunya awek jns ni merasakan dgn berpakaian seksi membuatkan mereka rs cantik.Yela,dpt tumpuan. Bukan tgk dia pun,tgk barang dia.

Mengenal Ciri2x Lelaki

Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


LELAKI KONSERVATIF

Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT

Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


LELAKI PLAYBOY

Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

Thursday, November 4, 2010

Ciri-Ciri Wanita Diminati Lelaki


Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

3 Teknik Mengorat Awek Di Shopping Kompleks


Di suatu petang yang hening, semasa anda sedang berjalan-jalan melayan jiwa sunyi sepi di The Curve, tiba-tiba anda ternampak seorang awek yang tersangatlah comelnya. Selaku seorang lelaki single, jantung anda terus berdenyut kencang. Kecantikkan, kecomelan, keayuan, kesopanan dan ketatasuliaan gadis itu memang benar-benar mencabar naluri jantan romeo anda.

Tapi macam mana nak tebalkan muka dan pergi mengorat si dia yang sedang keseorangan tue? Takkan nak main hentam kromo je kan? Jadi meh kami sharekan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk anda memulakan langkah pertama mengorat awek-awek di shopping kompleks.

1. Tinggikan keyakinan diri dan terus cakap nak berkenalan


Ada kisah benar di sebalik teknik ini. Setahun yang lepas, saya telah ternampak seorang awek yang sekali tengok rasa nak tengok 100 kali lagi di Midvalley. Serius awek tue tersangat comel dan cute. Hampir 40 minit jugak saya stalk dia membelek-belek kad birthday sambil membina keyakinan diri untuk terus menegur si awek. Akhirnya selepas dia membayar kad tersebut di kaunter, terus dengan selamba badaknya saya telah pergi dan berkata:-

Hi, boleh saya berkenalan dengan awak

Dan jawapan yang diterima daripada si awek:-

Tak boleh

Jawapan yang pendek dan padat. Tapi at least saya telah mencuba daripada tak buat apa-apa kan? Kalau anda muka lebih hensem dari diri ini, saya pasti anda akan terima jawapan yang lain dari apa yang saya terima ketika itu. Belum cuba belum tau kan?

2. Offer tiket wayang free kepada si awek

Teknik ini hanya applicable jika anda berada di kawasan panggung wayang sahaja. Katakanlah anda ternampak seorang awek sedang beratur panjang membeli tiket dan anda pulak sudah berada di kaunter. Beli terus 2 keping tiket. Kalau boleh couple seat terus. Kemudian tebalkan diri anda dan pergi bertanya kepada si awek. Mungkin ayat di bawah boleh digunakan:-

Hi. Saya ada satu tiket lebih nie. Kawan saya yang janji nak tengok wayang dengan saya sekali tak jadi datang pulak. Disebabkan pembaziran itu amalan syaitan, boleh tak kalau awak temankan saya tengok wayang nie?

Sila pastikan yang si awek tue betul-betul seorang diri sebelum anda mencuba teknik ini. Kalau tak mau kena pelangkung dengan pakwe dia pulak.

3. Bayarkan makanan yang dimakan oleh si awek



Teknik ini memang selalu diguna pakai oleh lelaki-lelaki terutamanya student universiti. Tapi risikonya agak tinggi sebab kalau si awek tue jenis melantak, parah gak la duit anda nanti. Peratusan untuk berjaya jugak agak kurang kerana mungkin si awek akan berlalu pergi begitu sahaja selepas mengetahui makanannya telah dibayar. Jadi pastikan anda tinggalkan nombor telefon anda di kaunter dan mintak tolong cashier tue paskan kepada si awek. Mana tau nasib anda baik dan si awek akan sms anda untuk mengucapkan terima kasih. Dari situ bolehlah mula mengatur strategi yang seterusnya.

Hari ini saya bagi 3 je dulu teknik mengorat awek di shopping kompleks. Pastikan anda semua applikasikan teknik ini di kala lawatan anda ke shopping kompleks nanti. Kalau berjaya jangan lupa bagitau kat sini. Kalau kena flying kick ngan si awek pun jangan lupa bagitau kat sini. All the best ~~~

15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Tips Cinta : Tanda-tanda wanita mahu menjauhi


Dalam menjalin hubungan, ada kalanya kita gagal menemui titik ketidakserasian bersama pasangan. Mungkin masalah-masalah yang timbul juga membuatkan kita mahu memutuskan perhubungan. Dibawah ini adalah tanda-tanda wanita mahu menjauhi diri anda. Jadi kepada lelaki, ini adalah tanda-tanda yang perlu anda fahami.

BERPURA-PURA MASIH CINTA

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

DIA KELUAR BERSAMA LELAKI LAIN

Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, die sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!



TIDAK MAHU MENGAKU MENJALIN HUBUNGAN

Teman-teman melihat anda ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

MENGKRITIK SECARA TERBUKA

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahi menunggu dia sebagai kekasih.

Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik dihadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biarkan maruah anda diperkotak-katikkan dihadapan umum.

TIDAK BERSUARA LANGSUNG

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan !

TERLALU EMOSI

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri.

Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai keluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.

Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia coba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak mahukan anda lagi.

TIDAK MENGANGKAT TELEFON

Kalau sebelum ini dia memprotes tidak bersuara, kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.

MINTA LELAKI LAIN BELANJA

Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir disitu sahaja.

Diciptakan Perempuan

Sian kaum isteri….

Baca la kalu free…..
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah...


Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya
seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan
suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,
putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri
ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan
saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah
sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,
memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam
apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah
sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia
mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya
saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang
dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan
cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman
wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,
fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita
yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana
memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung
sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya
bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik
menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,
mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang
baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah
bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan
perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita
di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah
. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah,
btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi
jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda
memperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka menggangu
atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang
bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara
yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta
sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman
sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada
tanyalah selera…

p/s : Bukan kisah saye.. saye copy paste jer sebagai renungan tok sume..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...