BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 14, 2010

Hati Seorang Wanita

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

19 Rahsia Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Rahsia Disebalik Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Thursday, September 2, 2010

Nak Buat Sex Sebelum Kahwin? Baca Ni Dulu!

Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.

Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.

Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna.

Betul ke?

Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?

Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).

Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?

Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku?

Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.

Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.

Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.

Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.

Tentang Lelaki Idaman Wanita

Apakah ciri-ciri lelaki idaman wanita? Saya cukup pasti setiap wanita secara individu mesti ada ciri-ciri khusus tentang lelaki idamannya dan ciri-ciri itu pula hampir tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan wanita lain secara keseluruhan.

Okay, ciri yang biasanya bagi wanita tentang lelaki idaman mereka ialah:

Beriman(bagi mereka yang beragama Islam), romantik, pembersih, bijak atau berilmu, mempunyai pendapatan tetap atau stabil, kelakar atau lucu, tak kedekut, “handsome”, sihat, peramah, menghormati orang tua dan keluarga, boleh/mampu memimpin wanita, tak cemburu buta, tak mengongkong, dan banyak lagilah.

Namun, seperti biasalah, bila dah dapat lelaki idaman yang memenuhi ciri-ciri diidamkan dan menjalinkan perhubungan cinta, tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan masalah timbul. Di awal perhubungan semuanya indah, semakin hubungan berkembang dan masa berlalu konflik pasti akan wujud. Di sinilah masalah bermula.

Ingat ya, “ Perhubungan yang sebenar hanya bermula selepas berlakunya konflik di antara pasangan”. Konflik “pertama” yang terjadi di dalam perhubungan anda itu, dan juga seterusnya boleh dijadikan ukuran adakah pasangan anda itu adalah lelaki idaman anda.

Macamana tu? Okay, nak tahu adakah lelaki idaman anda tu benar-benar lelaki idaman ialah anda perhatikan semasa dia tengah marah. Marah tu bukanlah marah biasa-biasa saja tapi sesuatu perkara yang memang membuatkan dia marah sehingga nampak macam nak meletup. Pada masa itulah anda boleh lihat cara dia menguruskan emosinya. Pada masa itulah anda dapat lihat adakah dia mampu mengawal dirinya dan cara dia menguruskan keadaan.

Adakah dia terus merajuk? Terus tidak mahu bercakap dengan anda berjam-jam atau berhari-hari lamanya?

Adakah dia memaki hamun anda dan mengeluarkan perkataan kasar yang anda tidak langsung terfikir akan keluar dari mulutnya terhadap anda?

Adakah dia akan terus mengamuk, memaki-hamun, menendang apa yang ada di sekelilingnya, dan tidak cukup dengan itu, mengherdik dan mengugut anda, atau mungkin juga menampar, menumbuk, dan mencederakan fizikal anda? (ramai wanita merasai pengalaman seperti ini bersama “lelaki idaman” mereka).

Atau, dia sedar dia marah, dan cuba sedaya upaya “cool”kan dirinya. Dia dapat mengawal diri dengan baik walaupun anda sedar dia memang tengah “mendidih”. Kemudian dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Mungkin juga dia minta masa untuk dirinya bersendiri buat seketika sebelum menyambung kembali komunikasi dengan anda untuk menyelesaikan konflik. Walaupun dia ambil masa sikit untuk menangani konflik yang berlaku, namun tindakannya membuatkan anda rasa selamat.

Ya, saya kata “selamat”. Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang lelaki itu menarik, ialah dia berkeupayaan untuk membuatkan pasangannya berasa selamat. Bila digabungkan iaitu dia mampu membuatkan anda berasa selamat dan juga istimewa, maka dia bukan sahaja lelaki idaman anda, malah lelaki idaman semua wanita!

Adalah mudah bagi lelaki untuk membuatkan wanita rasa dihargai dan “special”. Tetapi tidak mudah bagi semua lelaki untuk melayan wanita/pasangannya dengan baik, dengan “beradab” bila lelaki tersebut sedang benar-benar marah. Berasa diri dihargai, istimewa, tidak sama langsung dengan berasa diri selamat.

Tindak balas atau respon bila dia marah akan menentukan sebanyak mana anda rasa selamat berada di sampingnya dan tanpa pengetahuan anda tentang perkara ini, anda mungkin tidak akan mampu untuk mempercayainya seperti mana yang dia inginkan.

“Mampu Memimpin Saya”

Ini adalah satu lagi ciri lelaki idaman hampir setiap wanita. Lelaki yang mampu memimpin. Ramai wanita setuju kalau dikatakan suami adalah pemimpin dalam sebuah keluarga. Memimpin pula boleh dikatakan membawa isteri/pasangan ke arah jalan yang benar. Memandu pasangan supaya jadi seorang yang baik, berbudi pekerti, menjaga maruah pasangan/isteri, dan sebagainyalah.

Dari sudut lain, bila wanita menyatakan antara ciri lelaki idamannya ialah lelaki yang boleh memimpin dirinya, secara tidak langsung dia telah meletakkan kebahagiaannya di atas tangan orang lain. Bila dia mendapat pasangan/bf/suami, maka dengan harapan yang tinggi menggunung semoga lelaki idamannya itu akan menjadi penunjuk arah dalam hidup dan pelindung dirinya.

Dalam dunia hari ini, banyak perkara tak diduga berlaku. Setelah menjadi pasangan, wanita didera, dihina, dan “dipimpin ke arah yang benar” oleh pasangannya – dari menutup aurat kepada membuka aurat, dari dilindungi maruah kepada dicabul maruah, dan sebagainya.

Soal pokok dan utama di sini, anda sebagai wanita perlu menjadi pemimpin kepada “diri anda sendiri” sebelum membenarkan pasangan/suami memimpin anda. Menjadi pemimpin kepada diri anda sendiri terlebih dahulu membolehkan anda menjadi seorang wanita yang kuat dan jitu semangat, jiwa dan raga sekaligus membuatkan pasangan anda kagum dan bangga memiliki anda sebagai pasangan.

Pastikan bukan si dia seorang sahaja yang memimpin anda, kerana perhubungan yang sentiasa indah dan cinta sejati adalah berkonsepkan kedua pasangan sentiasa beriringan dalam memimpin di antara satu sama lain.

Adakah Anda Terlalu Banyak dan Terlalu Awal Memberikan Cinta?

“Saya dah berikan segalanya dan dia masih lagi tak cintakan saya”, adalah perkara biasa yang kita dengar dari perempuan.

“Macam-macam aku dah beri kat dia,tapi takde apa pun yang berlaku.Hadiah aku dia ambil,cakap terima kasih,aku ni baik orangnya…tapi tetap juga tak cintakan aku”,ini cerita lelaki pula yang biasa lelaki cakap dan lalui.Lelaki bagiiii je,perempuan ambilllll je,Tak pasal-pasal lelaki lain pulak yang dapat perempuan tu!

Permulaan,membuat macam-macam nampak macam normal dan selalunya memang seronok.Lagi pun,dalam bercinta la katakan,bukan ke memang sepatutnya kita buat macam-macam untuk orang yang kita sayang…dan tentu begitu seronok dan nampak patut sangat apa kita buat yang terbaik,bukan orang lain…untuk pasangan kita jugak.

TIDAK!Tidak patut anda melakukan semua itu sehinggalah perhubungan anda mencapai tahap yang sepatutnya dan tertentu.Sebelum tahap itu,anda hanya membuat perhubungan anda ‘sesak’ seperti memaksa bunga kembang sedangkan sepatutnya bunga itu kembang dengan semulajadi.

Memberi terlalu banyak dan awal adalah antara kesilapan besar wanita dan lelaki dalam bercinta.Ok,saya akan jelaskan kenapa perkara macam ni ‘menyesakkan’ perhubungan,macamana cinta itu berkembang dengan sendirinya,macamana nak tahu bila dan adakah anda memberi atau membuat terlalu lebih,kalau ya macamana nak buat,dan bilakah masanya untuk memberi dan membuat segalanya untuk orang yang anda cintai.

Mula-mula sekali kita mula untuk mengenali apakah cara-cara yang anda telah buat itu yang dikategorikan sebagai terlebih beri.



Terlebih Beri-Kita Mulakan….

Cinta dan Kasih Sayang Terlalu Awal dan Terlalu Banyak

Baru jumpa dua kali dah cakap “I Love You”..Saya cinta kat awak…Saya sayang kat awak…. Jumpa kali ketiga dah macam tak nak balik.Jumpa macam dia berdua je la dalam dunia ni.Minggu kedua pulak pulak,tak cukup dengan jumpa…buat surat lagi,email la..hari-hari macam tu.
Jadi lepas ni apa akan jadi pada perhubungan?Tunggu saja perhubungan itu berkecai.

Yati dan Amir jatuh cinta dalam sekelip mata.Baru satu ‘dating’ dah macam tak dapat dipisahkan.Amir belikan bunga;Yati pulak buat sandwich kegemaran Amir setiap hari.Amir bagi kad cinta hari-hari;Yati pun bagi selitkan nota cinta dalam poket Amir setiap hari.
Kemudian satu hari,Amir terlupa beli bunga.Yati amat sedih.Yati pulak terlupa selitkan nota cinta.Amir rasa kurang dicintai.Perasaan curiga mula menyelinap dalam percintaan mereka.Perhubungan mereka seterusnya bertambah retak dan menanti belah.

Komitmen Terlalu Awal dan Terlalu Banyak

Komitmen sebelah pihak walaupun secara sukarela memberi tanda bahawa terdapatnya unsur ‘terdesak’ dalam perhubungan.Lelaki akan buat macam ni tapi tak la selalu.Wanitalah yang akan selalu melakukan perkara ini kerana wujud perasaan takut kehilangan lelaki yang disayanginya walaupun lelaki tersebut tidak menunjukkan komitmen sepertinya dalam perhubungan.
Wanita akan cuba melakukan apa sahaja demi lelaki yang disayanginya dengan harapan ia dapat membuktikan kasih-sayangnya,dan berharap tindakannya akan membawa ikatan yang lebih kukuh dengan pasangannya.Selalunya ‘gagal’.

Hadiah Yang Terlalu Awal

Kalau anda masukkan elemen wang dalam perhubungan,anda akan meletakkan tekanan atas seseorang. Sekiranya anda seorang lelaki, wanita mungkin akan tersalah tafsir niat anda dan mungkin juga melihat ia semacam pertukaran,hadiah untuk sex.Kalau tidak pun,wanita kemungkinan akan rasa selesa dengan hadiah yang bermacam-macam dan kerap daripada anda,bila anda berhenti daripada memberi hadiah,si dia akan rasa kecewa.
Sekiranya anda seorang wanita pula,katalah anda menghadiahkan jam tangan yang mahal untuk pasangan anda di hari jadinya,dan anda juga suka berbelanja besar dan ekslusif,ia boleh merisaukan lelaki.Kemungkinan dia terfikir bagaimanakah agaknya cara anda berbelanja selepas kahwin nanti ya?Perlu diingat,walaupun anda seorang yang kaya,jarang ada lelaki yang mahu hidup bersama dengan seorang wanita yang secara terang menunjukkan cara hidupnya yang boros.
Senang cakap,jangan jadikan elemen wang sebagai tarikan utama dan berterusan untuk mendapatkan cinta pasangan anda kerana akhirnya anda pasti berhadapan dengan perhubungan yang porak-peranda.

Terlalu Banyak Maklumat dan Terlalu Awal

Lelaki dan perempuan selalu jugak memberitahu banyak maklumat tentang dirinya terlalu awal dalam sesuatu perhubungan itu.Katalah baru dua kali anda berjumpa, tak patut sungguh anda ceritakan bahawa anda selalu bergaduh dengan adik-beradik anda,masalah keluarga dan segala perihal peribadi anda kepada si dia.Ini pasti memberikan gambaran yang tidak elok terus kepada anda sendiri di mata pasangan anda.


Bagaimana Terlebih Beri Membuat Percintaan “Sesak”

Hampir serupa dengan tanaman.Anda tak pasti berapa banyakkah baja yang perlu anda letakkan,akhirnya anda terlebih meletak baja dengan harapan tanaman akan lebih sihat dan subur.Akhirnya tanaman tersebut mati kerana terlebih baja.Begitu juga dengan percintaan.Berikut adalah bagaimana terlebih beri boleh merosak dan membunuh perhubungan anda:

1. Sekiranya anda rasa tak cukup dengan apa yang diberikan,atau apa yang anda dapat telah berkurangan,kemungkinan anda boleh rasa tertipu.

2. Akan wujud perasaan terdesak dalam diri anda akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah anda beri dan lakukan.

3. Anda tidak mengendahkan diri anda kerana terlalu menumpukan kepada pasangan anda.Akhirnya pekerjaan,pelajaran atau apa sahaja yang anda lakukan akan terjejas dan kesannya akan balik kepada perhubungan anda.

Dalam situasi yang jauh lebih buruk,membuat dan memberi dengan lebih ini akan merubah diri anda yang sebenar.Situasi ini akan menjadikan anda bukan diri anda yang dikenali oleh rakan-rakan anda,dan juga orang yang mengenali anda.Kemungkinan pasangan anda juga mula perasan bahawa anda yang dia kenal telah menjadi seperti orang lain.

Selain itu,anda boleh juga dipergunakan.Anda buat dan beri segalanya untuk pasangan anda,dalam masa yang sama si dia tidak serius dan hanya mengambil kesempatan dari anda.Ini boleh mewujudkan tekanan jiwa kerana anda tidak dapat memutuskan perhubungan dengannya kerana anda terlalu cinta kepadanya.

Oleh itu,sebelum perhubungan anda mencapai tahap yang sepatutnya dan anda betul-betul pasti dengan keadaan percintaan anda,jangan terlebih beri.Banyak perkara yang perlu anda kaji,pastikan dan perhatikan supaya anda benar-benar yakin anda telah menemui cinta sejati anda dan berbaloi untuk anda memberi dan membuat segalanya untuk perhubungan dan percintaan anda.


Antara Cara Untuk Mengenal Yang Anda Sedang Terlebih Beri

1. Anda telefon si dia lebih dari si dia menelefon anda

2. Segala perancangan anda buat,bila keluar bersama anda saja yang membayar.

3. Anda sahaja yang sering memberikan si dia hadiah.

4. Anda selalu membuat segalanya untuk si dia dan anda rasa di tipu dan marah kerana segala yang anda lakukan tidak dibalas dengan balasan yang setimpal dan tidak dihargai.

5. Anda terasa bahawa anda telah mula diambil kesempatan.

6. Anda mula rasa tertekan dan terdesak untuk mendapatkan cinta si dia.Perasaan risau akan kehilangan si dia juga telah mula hadir dalam diri anda.



Terlebih Beri akan menjadi “Gila Cinta” apabila:

1. Keceriaan dalam hidup anda maksudnya hanya apabila anda dapat membuatkan si dia gembira.

2. Anda mengabdikan hidup anda untuk memastikan kejayaan si dia sehingga peringkat tidak mempedulikan kerjaya,hidup anda atau kejayaan anda sendiri.

3. Si dia mula menjauhkan diri dari anda dan anda pula semakin kerap membuat,memberi dan melakukan segalanya untuk memastikan si dia kekal bersama anda.

4. Rakan-rakan anda mengatakan anda telah berubah dan mula menjauhkan diri dari anda.Anda pula tak peduli bila perkara ini berlaku kerana fokus anda hanya pada si dia.

5. Mungkin anda sedar anda sebenarnya dipermainkan,diperbodohkan dan diambil kesempatan,namun anda tidak mempedulikan itu semua dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta.


Macamana Nak Buat?


Sekiranya anda telah mencapai peringkat “Gila Cinta”,sesuatu perhubungan itu tidak mungkin dapat diselamatkan.Sekiranya tidak sampai ke peringkat itu,harapan untuk memulihkan sesuatu perhubungan itu adalah cerah.

Sekiranya pernah anda mengatakan,”I Love You” terlalu awal,atau anda seorang lelaki yang terlalu banyak memberi hadiah terlalu awal,atau juga seorang perempuan yang pernah berkata, “Jangan tak telefon saya malam nanti ya!” secara tidak sengaja dalam perjumpaan pertama,perhubungan anda boleh dipulihkan dan dibetulkan semula.

Ingat lagi tentang baja dan pokok di awal artikel tadi?Apa yang anda perlu buat ialah berhenti membaja dan berharap.Kalau anda telah terlajak dalam terlebih beri,berhenti dan langkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas semula.

Jangan telefon.Kalau boleh,pergi melancong,balik kampung,berehat ke tempat lain dan hantar SATU poskad saja kepada si dia.Kalau anda tak boleh melancong atau ke tempat lain,sibukkan diri anda mungkin dengan kerja atau rakan-rakan untuk beberapa minggu.Jangan risau,anda takkan kecewa.

Ini penting!Berikan ruang untuk perhubungan anda.Biar sedikit masa berlalu tanpa ada tindakan dari anda dan jangan lupa – anda perlu sentiasa ceria.Mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tapi jangan bercakap terlalu lama.Sekadar bertanya khabar cukuplah..mungkin dua minggu sekali.
Wujudnya ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan.Segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula.Tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran anda telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi.


Kesimpulan

Secara mudah boleh saja dikatakan di sini,Terlalu Banyak dan Terlalu Awal memberikan Cinta sebelum sampai masa dan tahap tertentu,pasti membawa bencana kepada diri dan perhubungan anda.Saya pasti ramai yang telah mahupun sedang melalui perkara ini.
Bagi yang telah melaluinya,ia merupakan pengalaman yang amat berharga dan jangan diulangi kesilapan yang sama.Sesiapa yang sedang melaluinya,anda perlu berfikir semula dan betulkan tindakan anda kerana anda sedang menuju ke arah satu perhubungan yang akan mengecewakan anda.

Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?

10 Perkara JANGAN anda buat!

Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend”anda?Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!
Walau demikian,cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali?Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza.Kebanyakan wanita(hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

Okay,baca dan fahamkan:

1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni,bila anda bercerita dengannya,asyik bergaduh saja.Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan.Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna.Walau pun anda menang bila bergaduh mulut,kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

2) JANGAN cuba menggunakan logic untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda.Ingat ya,cinta itu berlandaskan perasaan,bukan logic!Macamana betul,teguh,meyakinkan,bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logic anda itu..anda tetap jugak kena tinggal!So..logic,jangan guna.

3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang..keadaan pasti berubah”.Benda macam ni seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor.Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia.Dia TAK peduli pun!Apa yang dia peduli,berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

5) JANGAN merayu!Ya…jangan merayu.Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya(lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya).Lagi banyak,lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda.Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ni takkan berjaya,lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun,dia buat tak tau je..

7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah.Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

8) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya.Walau pun kawan-kawannya sokong anda,cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya…selalunya tak lama!Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

9) JANGAN menangis di hadapannya!(Ramai sungguh buat macam ni!)Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain.Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak,lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.

Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita buat semasa “break-up”.Buat perkara di atas ni walaupun satu jer…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf!Mungkin ramai yang dah alami perkara ni.Jadi nak buat macamana ya?Itu lain kali saya terangkan dalam artikel lain…sabar je la..

Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?

10 Perkara JANGAN anda buat!

Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend”anda?Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!
Walau demikian,cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali?Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza.Kebanyakan wanita(hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

Okay,baca dan fahamkan:

1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni,bila anda bercerita dengannya,asyik bergaduh saja.Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan.Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna.Walau pun anda menang bila bergaduh mulut,kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

2) JANGAN cuba menggunakan logic untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda.Ingat ya,cinta itu berlandaskan perasaan,bukan logic!Macamana betul,teguh,meyakinkan,bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logic anda itu..anda tetap jugak kena tinggal!So..logic,jangan guna.

3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang..keadaan pasti berubah”.Benda macam ni seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor.Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia.Dia TAK peduli pun!Apa yang dia peduli,berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

5) JANGAN merayu!Ya…jangan merayu.Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya(lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya).Lagi banyak,lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda.Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ni takkan berjaya,lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun,dia buat tak tau je..

7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah.Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

8) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya.Walau pun kawan-kawannya sokong anda,cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya…selalunya tak lama!Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

9) JANGAN menangis di hadapannya!(Ramai sungguh buat macam ni!)Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain.Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak,lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.

Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita buat semasa “break-up”.Buat perkara di atas ni walaupun satu jer…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf!Mungkin ramai yang dah alami perkara ni.Jadi nak buat macamana ya?Itu lain kali saya terangkan dalam artikel lain…sabar je la..

Ex-Bf Nak "Rujuk" Semula!Patut Ke Anda Bagi Peluang?

Anda dah “fed-up”!Hidup dengan dia amat menyeksakan.Anda di kongkong,perasaan anda tidak diambil berat,seolah-olah anda rasa disayangi,dilayan dengan baik dan manja hanya bila diperlukan.Dipendekkan cerita,akhirnya anda putuskan perhubungan anda.Cukup!Sampai di sini saja.Keputusan anda muktamad tetapi…

Dengan cukup sadis,ex-bf anda yang sebelum ini seorang yang cukup ego,garang kononnya,macho dan mengambil mudah perasaan anda,merayu…menangis sambil berkata, “Ampunkan abang…tolonglah sayang,abang akan buat apa saja,kembalilah”…dengan suara yang sebak dan terketar,air matanya berderai laju.

Tindakannya membuat anda sebagai wanita yang lembut hati dan penyayang amat menyentuh jiwa.

Anda terfikir:

Betul ke ni?

Boleh percaya ke?

Jauh di sudut hati….

Anda masih sayang padanya..

Jadi,adakah betul kali ini ex-bf anda tu betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan tu?Macamana anda nak tau dan pastikan?

Ingat 5 perkara ini di fikiran anda.

1) Anda TIDAK perlu beri dia peluang sekali lagi!Inilah dia perkara yang pertama sekali yang perlu ada dalam fikiran anda.Fikir macam ni akan mengurangkan anda berfikir dengan banyak dan pastinya juga mengelakkan banyak lagi perbincangan dengan dia.Selain itu,anda akan tenang dan ini membantu anda membuat keputusan yang bijak kemudian hari.

2) Kalau dia jujur,dia pasti akan tunaikan janjinya.Sebagai contoh,kalau dia kata dia takkan tengking anda lagi,dia akan berhenti buat macam tu.Kalau anda suruh dia pergi “therapy” sebab dia ni “alcoholic” ke..atau sebab nak buang sifat panas barannya yang anda dah tak tahan tu,tanpa banyak soal dia akan pergi.

3) Dia takkan mendesak anda.Tak siapa pun suka didesak apatah lagi dalam keadaan anda.Untuk mendapatkan anda semula,dia perlu dan mesti berikan anda masa dan ruang.Sikap macam ni dari dia adalah di antara ukuran yang cukup penting untuk anda lihat kejujuran,kematangan dia dan adakah dia dapat kawal perasaannya yang jika tidak pasti membuat anda lebih jauh darinya.Anda perlu faham,orang yang jenis “manipulative” atau yang jenis cuba “ingin menguasai” takkan bagi masa yang anda perlukan untuk anda buat keputusan yang baik untuk ANDA.Orang yang “manipulative” hanya mahu keputusan yang baik untuk dia sahaja.

4) Anda lihat dia akan jadi pendengar yang baik.Sikap dia akan merendah diri,tak la macam sebelum ni,ego semacam,apa anda cakap dia buat selamba…buat tak dengar jer..macam cakap dengan tunggul.Ikut naluri anda,pasti anda perasan kalau dia berlakon buat macam tu.

Lagi satu,sikap jujur dia tu mesti diambil kira bila anda kata “tidak” dan dia akan faham dan terima.Dia juga akan faham kalau anda letakkan sempadan dalam perkara tertentu terhadapnya sebagai contoh anda kata, “Saya tak nak awak telefon saya seminggu,saya nak tenangkan fikiran”,tanpa banyak soal dia akan dengar dan ikut.Sekiranya perkara-perkara seperti ini dia tak dapat buat,apa pun alasannya,dia tetap belum berubah dan jujur dalam janjinya.

5) Perubahan 90%-100% pada sikap buruknya.Kalau dia betul berubah…dalam jangkamasa tertentu,anda boleh lihat perubahan pada dirinya.Segala apa yang anda tak suka tentang perangai dan sikap buruknya dulu,dah hamper takde atau tak mustahil..dah takde terus!

Ingat!Letakkan masa untuk tengok dia berubah dan kotakan janjinya.Tapi berapa lama ya?okay….tidak kurang dari 3 bulan.Ya,tak kurang dari 3 bulan!Sebabnya kalau dia betul jujur dia akan tunggu anda berapa lama pun masa yang anda tetapkan dan sanggup hadapi risiko untuk tidak diterima oleh anda tanpa banyak soal disebabkan kesedarannya yang dia ni dah buat salah.Kalau sekiranya dia berlakon je selama ni..anda pasti dapat lihat,rasa dan tau bahawa selama ini janjinya itu hanya lakonan.Orang yang berlakon dalam hal macam ni jarang dapat bertahan selama itu untuk mengaburi lakonan mereka.

Apa yang anda minta dia buat sebenarnya bukanlah banyak mana pun.Anda hanya ingin dia tunjukkan yang terbaik untuk anda,buka semula harapan dalam perhubungan dan yang penting kembalikan kepercayaan anda padanya.Apa saja yang dia lakukan dalam tempoh yang anda sendiri kawal ini,memberi diri anda masa dan alasan kukuh untuk terima dia atau pun tidak.

Dalam masa yang sama,berhati-hati dalam membuat keputusan.Ada juga yang inginkan peluang sekali lagi dan kemudian akan mengunci hati anda dengan sikap jujurnya yang mengaburi hati anda bahawa dia sudah berubah.Orang seperti ini akan berusaha mendapatkan anda kembali tanpa anda ketahui dia tidak jujur.

Jadi,untuk mengelakkan anda kecewa dalam perhubungan cinta yang menyusahkan anda,keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira banyak perkara.

Selalunya hati kecil anda akan lebih tau dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau tidak dan patutkah anda kembali padanya walaupun dia telah berubah dan melakukan segalanya.

Ingat!Jauh disudut perasaan anda adalah hati kecil yang kenal dirinya,gunakan perasaan ini dengan bijak untuk keputusan terakhir.

10 Cara Untuk Sentiasa "Bergaduh" Dengan Adil

Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.


1) Jangan Bersyarah


Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam


Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara


Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif


Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil


Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti


Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa


Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!


Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat


Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan


Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...