BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 9, 2010

Jika ia Sebuah Cinta


Jika ia sebuah cinta...ia tidak mendengar..namun sentiasa bergetar...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyeksa namun sentiasa menduga...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha..
Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik namun sentiasa menarik...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dgn kata-kata namun sentiasa menghampiri dgn hati...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak terucap dgn kata-kata namun sentiasa hadir dari sinar mata...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa cuba memenangi...
Jika ia sebuah cinta...ia mungkin tidak suci, namun sentiasa harmoni...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir dgn kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana kesetiaan dan pengorbanan.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...