BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 12, 2010

Hakikat Seorang Wanita


Jangankan lelaki biasa..Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan hati lelaki menjadi resah,
Masih mencari walau ada segalanya...
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal..
Di situlah punca kekuatan dunia..


Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dgn ilmu..
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dgn iman,
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak...
Pastikan sebelum wanita menuju jalan Ilahi,


Pimpinlah diri kepadaNya..
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu,
Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...