BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 24, 2010

5 Sebab Si Dia Gagal Menjadi Awek Anda Selepas First Date

Anda memang hensem dan kacak. Mungkin tidak sehensem Brad Pitt ataupun Johny Deepp, tapi kira ada rupa la jugak. Kawan-kawan lelaki anda memberikan anda gelaran lelaki terkacak di universiti. Kiranya kalau ada “chikaro” yang pandang anda, memang terus jatuh hati dengan ketampanan anda. Tapi kenapa sampai sekarang anda tak ada awek lagi?

Adakah anda seorang gay? Tentunya tidak kan ? Berkemungkinan besar anda memang mahukan belaian cinta dan kasih sayang seorang wanita, tapi sampai sekarang anda asyik kena reject jer setiap kali anda mengorat. Bila anda ajak awek cun yang duduk sebelah anda masa kuliah universiti, awek itu dengan muka ikhlas telah menolak ajakan dating anda. Jatuh maruah anda sebagai lelaki terkacak Uitm Shah Alam.

Mungkin anda dah berjaya dating dengan seorang awek untuk pertama kali. Jadi seperti seorang lelaki normal, anda pun sms ajak dating untuk kali kedua. Tapi sayang, ajakan anda sekali lagi ditolak dan direject mentah-mentah. Misteri kan? Rasa-rasanya sebab apa ya? Mungkinkah anda masih tidak cukup kacak lagi?

Meh kami kongsikan 5 sebab awek-awek lari dari anda selepas first date.

1. Ketiak anda berbau tengik tak ingat

Ketiakmu yang berbau payau

Anda mungkin kacak tapi bau ketiak anda menyebabkan aweks-aweks di sekeliling anda tak boleh handle dengan kewujudan anda. Kawan laki-laki anda pun semua bau serupa sebab tue diorang tak pernah nak cerita ketengikan bau ketiak korang. Mungkin masa dating korang perasan yang awek-awek tue cuba berjalan sejauh mungkin dari anda. Ini semua sebab bau ketiak anda yang tak boleh blah. Apa lagi. Pakailah deodorant sebotol.

2. Anda berlagak macho hisap rokok masa first time dating


Kami tahu yang anda nie die hard smoker. Kalau sejam tak dapat hisap rokok memang menggeletar badan. Siap menggigil kepala lutut. Tapi anda perlu ingat yang awek-awek zaman sekarang nie kebanyakkannya tak suka lelaki hisap rokok. Dah la mulut berbau, lepas tue anda ingat diorang suka ke asap rokok tue kena make up diorang? Lagi-lagi kalau baru 1st time jumpa anda dah hisap rokok depan dia, memang sangat-sangat TAK macho. Nasihat kami, hisap rokok puas-puas dulu sebelum pergi dating dengan awek anda. Terutamanya untuk mereka-mereka yang baru pertama kali nak jumpa dengan si dia.

3. Anda kedekut nak mampos, semua benda pun bayar sama-sama


Sebagai seorang lelaki macho yang mengajak seorang chikaro keluar dating, anda kenalah pastikan yang duit anda tue cukup untuk belanja dia sekali. Sebabnya anda yang ajak dia keluar. Kalau dah tahu poket tue kering, jangan mengada-ngada ajak awek keluar. Duduk rumah diam-diam jer. Ini kalau sampai teh tarik yang si awek tue minum pun anda suruh dia bayar sendiri, memang mencari nahas. Compem tak akan dapat ajak dating untuk kali kedua. Lain kali pastikan paling cikai pun ada RM50 dalam dompet tue. Barulah selamat nak keluar dating.

4. First date anda dah cerita pasal kawin


Tak salah nak cerita hasrat anda untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan si dia. Tapi tengok time la beb. Ini baru first time jumpa anda dah cerita plan wedding anda. Siap cerita baper banyak anak yang anda nak. Siap dah pilih tema wedding. Kami faham yang anda desperate untuk berkahwin, tapi rileks la dulu beb. Nie nampak macam gelojoh sangat. Confirm si dia akan culture shock dan terus tak nak jumpa dengan anda. Go slow la beb!!!

5. Anda cerita pasal diri anda, diri anda dan diri anda sahaja


Yang nie paling berat dan paling susah untuk dielakkan. Lagi-lagi kalau anda memang jenis orang yang bercakap banyak. Langsung tak bagi can kat si dia untuk bercerita. Semuanya anda cerita pasal diri anda je. Apa anda suka, apa anda tak suka, makanan kegemaran anda dan yang paling teruk anda cerita pasal awek lama anda. Tersangatlah taboo kepada wanita-wanita di luar sana untuk mendengar kisah cinta lama si lelaki. Lagi-lagi on the first date. Makin teruk kalau anda memuji si awek lama. Nampak macam anda tak boleh lupakan lagi chikaro anda tue.

Hohoho. Adakah anda baca sebab di atas dan tetiba terasa seperti ada kapal terbang terjunam atas kepala anda? Kalau ada, maknanya memang betullah tue yang anda pernah melakukan salah satu benda kat atas tue. So tunggu apa lagi. Cuba jangan buat 5 benda nie untuk date yang akan datang. Kalau tak jawapnya singlelah anda sampai ke tua nanti.


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...