BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 5, 2009

APAKAH ARTI SUKA, CINTA & SAYANG



Salam semua~saya ingin berkongsi sedikit tentang cinta dengan anda.
sy ingin bertanya kepada kalian yang ingin bercinta. Apakah perasaan anda terhadap "Sweet Heart" anda???
SUKA? CINTA? SAYANG?
Tiga perkataan diatas mungkin anda semua merasa sama saja artinya. Tapi anda tidak tahu makna sebenarnya. Jadi sy disini ingin memberitahu makna sebenar mengenai SUKA, CINTA & SAYANG.

Selalunya remaja lelaki atau perempuan menggunakan perkataan ini (suka) atau yang selalu budak-budak sekolah ucap/kata 'MINAT' kepada seseorang yang mereka suka. Contohnya : "Ain, jujur,,saya sebenarnyer dah lame "minat" kat awak"..ada juga yang selalu menggunakan " i love you" dalam bahasa B.I yang bermaksud " saya mencintai awak". Sebenarnya kalau lelaki itu benar-benar CINTA terhadap wanita itu. lelaki itu tak akan mudah untuk ucapkan "i love you" kepada wanita. Kerana ucapan itu maknanya sangat dalam. Lelaki yang mudah mengucapkan "i love you" itu ialah lelaki yang tidak betul-betul CINTA kepada wanita itu kerana pertama-tama perasaan anda pasti SUKA bukan CINTA/SAYANG.pertama sekali ialah SUKA kerana CINTA & SAYANG itu tahap tinggi. Jadi bagaimana anda boleh ketahui perasaan anda terhadap si dia???

SUKA:

Apabila anda berdepan dengan orang yang anda SUKA. Ibarat kata " musim panas tetap musim panas, tidak akan berubah. Maksudnya perasaan anda apabila berdepan dengannya ialah senang dan gembira saja. kalau anda melihat mata lelaki/wanita itu, anda pasti akan senyum saja dan apabila anda berdepan dengan lelaki/wanita itu, anda akan bercakap dengannya ikut fikiran yang terlintas saja. Jika wanita yang anda cintai bercerita lalu menangis, anda pasti akan hibur wanita itu saja. Itulah makna SUKA. Perasaan SUKA asalnya dari telinga.

CINTA & SAYANG:

Jika lelaki itu benar-benar cinta kpd kekasihnya. Lelaki itu sanggup kehilangan wanita itu asalkan wanita itu bahagia dengan orang yang dicintainya. Jadi begini, Apabila anda berdepan dengan orang yang anda cintai. Ibarat kata "musim panas berubah jadi musim sejuk". Apabila anda berhadapan dengan orang yang anda cintai, jantung anda akan berdebar dan apabila anda melihat mata si DIA (sweetheart) , mata anda akan berkaca sakin cintanya. Dan juga apabila anda berhadapan dengan orang yang anda CINTAI. Kata-kata anda akan keluar dari perasaan yang begitu dalam. Kalau orang yang anda cintai bercerita dan menangis. Anda akan menangis juga. Perasaan CINTA asal dari mata. Apabila anda mencoba menutup mata anda dari orang yang anda CINTA. CINTA itu akan berubah jadi TITISAN AIR MATA. Selain perasaan SUKA & CINTA, ada satu lagi perasaan yang paling dalam. Itulah SAYANG. Rasa yang takkan hilang secepat rasa CINTA dan rasa yang takkan cepat berubah.


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...