BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 1, 2011

Lelaki suka perempuan macam mana?


Baiklah, kalau sebelum ini aku ada menulis entry pasal perempuan suka lelaki macam mana? so, untuk entry kali ni pulak aku nak share sikit lah pasal lelaki suka perempuan yang macam mana. Take note ye gadis-gadis di luar sana! HAHA. 


1. Lelaki mula-mula akan pandang pada kecantikan paras rupa dulu. Apa-apa pun lelaki pastinya akan tetap pandang pada paras rupa seseorang itu dulu sebelum nak kenal-kenal dengan gadis-gadis ni. Baiklah, cantik ni very subjective. Jadi, jangan risau kalau korang rasa korang tak lawa macam Miss Universe sekalipun kerana kecantikan ini terlalu subjective bagi semua orang.


2. Lelaki suka perempuan yang pandai jaga adab. Means here, perempuan yang lemah-lembut, sopan santun dan sebagainya. Kalau perempuan tu jenis suka menjerit, melalak, tergedik-gedik macam bohsia, gelak kuat-kuat tu ade ke lelaki nak pandang? Mungkin ada. Tapi yang nak buat stok geli-geli lah kan. 


3. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga penampilan. Tak perlu nak berpenampilan pelik-pelik macam Lady Gaga untuk menarik perhatian lelaki. Perempuan kenalah selalu make-up tapi tak perlu tebal-tebal macam opera cina. Cukuplah sekadar bedak asas, lipstick, dan eye shadow kalau perlu. Nampak la menarik sikit daripada keluar rumah tanpa mekap, nampak macam baru bangun tidur je rupanya.


4. Lelaki tidak suka perempuan yang pengotor. Ya, paling tak suka sebenarnya. Tolonglah wahai perempuan-perempuan di luar sana sekalian, kalau nak keluar pergi mana-mana tu tolonglah pakai deodorant dan jugak perfume. Tapi janganlah sampai sebotol sehari korang balun perfume tu. Tapi kalau perfume murah takpe, boleh pakai buang. 


5. Lelaki suka perempuan yang memahami. Perempuan kuat sangat jealous kan, kenapa? Tahu tak punca penceraian, bergaduh laki-bini, gaduh boypren-girlpren ni sume disebabkan oleh sifat perempuan yang terlalu kuat cemburu lah sebenarnya. Serius tak tipu. 


6. Lelaki tak suka perempuan yang cerewet. Kalau setakat cerewet sikit-sikit tu takpe lagi, kalau dah sampai tahap semua benda dia nak complaint, mana ada lelaki yang boleh tahan dengan engkau wahai cik bedah oih?


7. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga imej. Imej ni paling penting bagi perempuan sebenarnya. Kalau hari ni korang pakai shawl kaler pink, esok pulak try pakai shawl warne hitam putih polkadot pulak. Ini tak, dah la seminggu sekali basuh tudung tu, lepas tu hari-hari pulak tu pakai baju yang sama je. Tapi yang paling penting kalau perempuan tu dah elok-elok pakai tudung, jangan dibukak pulak tudung tu. Kononnya nak berubah imej. Ubah imej hotak hang macam tu. 


8. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga diri. Maksudnya di sini, lelaki tak perlu nak risau dengan attitude aweknya ataupun isterinya itu. Kalau dia keluar dengan jantan lain pun, lelaki memang takyah nak risau dah. Sebab perempuan tu pandai jaga diri. Dia tahu yang dia ada husband, dia tahu yang dia ada tunang ataupun dia tahu yang dia dah ada pakwe jadi dia tak perlu curang. 


Okay, itu dia sedikit-sebanyak yang aku dapat kongsikan di dalam entry kali ini. Jumpa lagi!
  

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...