BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 28, 2010

JANGAN CINTA JARAK JAUH SELAGI ANDA TIDAK MELAKUKAN 3 PERKARA INI

Salam sejahtera sahabat sekalian.

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai cinta jarak jauh. Tidak perlu cerita panjang.

Jika anda buntu dan takut untuk bercinta jarak jauh, risau dengan kebahgiaan masa depan anda, maka 3 cara berfikir di bawah adalah perkara paling penting untuk anda pelajari harini sebelum menceburi ‘bidang’ hubungan jarak jauh anda.

1. Pemikiran Positif

Well, bunyinya cliche dan biasa-biasa sahaja. Tapi impaknya besar jika anda dengan ’selamba’ memulakan hubungan jarak jauh tampa persediaan secukupnya dari segi mental. Hubungan jarak jauh mempunyai RISIKO, iaitu pasangan anda mungkin berubah angin. Maka persoalannya, adakah anda bersedia untuk berfikir secara POSITIF di dalam hubungan jarak jauh anda? Think about it.

2. Pemikiran Kehadapan

Selain pemikiran positif, satu lagi pemikiran yang penting adalah untuk melihat kejayaan hubungan jarak jauh anda. Maknanya, anda boleh melihat di mana anda dan pasangan anda dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaanya, kejayaan hubungan jarak jauh diukur melalui ikatan perkahwinan (bersatu).

Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh anda bercinta jarak jauh, terdapat dugaan-dugaan yang menghujani anda. Anda tahu apa yang anda mahukan. Go for it.

3. Pemikiran Kreatif

Apa yang anda dapat pada hubungan jarak jauh? NOTHING! Ya, tiada apa-apa. Anda yang syok sendiri dengan hubungan jarak jauh anda. Tetapi, siapa kata hubungan jarak jauh tidak gembira. Siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra, berpegangan tangan dan romantik?

Di sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi semunya di hujung jari anda, malah jika kena caranya, hubungan anda akan menjadi hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan. Fikir-fikirkan.

OK, itulah 3 cara berfikir yang perlu anda sematkan di dalam diri anda, yang perlu anda komitkan sebelum anda membuat keputusan samada hubungan jarak jauh adalah untuk anda atau tidak. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan menyesal di kemudian hari.

p/s : Saya menerima berpuluh-puluh email dan komen setiap hari mengenai permasalahan cinta anda, saya tak dapat nak jawab kesemuanya, Insyallah, saya akan jawab sedikit demi sedikit setiap hari. Maaf zahir dan batin.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...