BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 28, 2010

SELONGKAR RAHSIA MIMPI BERCINTA

SELONGKAR RAHSIA MIMPI BERCINTA

BERCINTA DENGAN SELEBRITI
~ Biarpun pada hakikatnya kamu telah memiliki teman istimewa yang kamu sayangi dan tiba-tiba bermimpi pula bercinta dengan mana-mana selebriti, ini bermaksud kamu merasakan diri kamu yang sebenarnya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari si dia. Namun sekiranya kamu bermimpi bercinta dengan mana-mana selebriti di ketika kamu masih lagi solo, ini menandakan kamu terlalu teringin untuk memiliki pasangan istimewa tersendiri. Ada kalanya hubungan kamu dengan si dia berjalan dengan baik, namun bermimpi bercinta dengan selebriti, ini bererti masih ada sesuatu perkara yang belum terungkap oleh kamu dan pasangan dalam reality perhubungan kalian.

Kebaikan mimpi
-Mimpi ini membantu kamu untuk memberikan perhatian yang lebih dalam merealisasikan satu perhubungan yang lebih positif sesame pasangan.
-Dalam perhubungan,kamu perlu lebih banyak waktu bersama pasangan agar perhubungan berjalan dengan lancar.
-Sekiranya kamu masih solo, mimpi ini mengingatkan kamu agar berani berhadapan dengan orang luar disamping berusaha mencari teman baru disamping menikmati pelbagai pengalaman baru.

BERCINTA DENGAN ORANG ATASAN
~Sekiranya kamu bermimpi bercinta dengan mana-mana individu yang berada, ini bererti kamu inginkan suatu kehidupan yang lebih senang dan lebih dekat dengan dunia yang dekelilingi dengan individu professional. Disamping itu, ia juga turut menggambarkan rasa cinta kamu terhadap profesion yang kamu ceburi sekarang.

Kebaikan mimpi
-Mengingatkan kamu agar sentiasa bersikap yakin terhadap diri sendiri sekiranya ingin berjaya dalam reality kehidupan kamu.
-Sekiranya kamu belum mempunyai kekasih, pergunakan mimpi itu sebagai semangat untuk kamu menemui pasangan idaman mu. Mungkin sifat-sifat yang tergambar pada diri individu yang kamu mimpikan itu melambangkan sifat sebenar kekasih yang kamu nantikan selama ini
-Sekiranya mimpi itu kamu rasakan tiada kaitan dengan hubungan cinta, ini bererti mimpi itu memberi gambaran kepada diri kamu agar meluangkan masa untuk berehat dan peruntukan lebih banyak waktu untuk diri-sendiri.

BERCINTA DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI
~Selalunya jika seseorang yang telah mempunyai kekasih namuntetap bermimpi bercinta dengan orang yang tidak dikenali, ini menandakan dia mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pasangannya itu. Sekiranya pula dia bermimpi perkara yang sama di saat dia maasih lagi solo, ini menandakan dirinya dalam keadaan kekosongan dan turut melambangkan dirinya yang terlalu memikirkan soal ini.


Kebaikan mimpi
-Walaupun kamu telah memiliki teman istimewa dalam hidupmu, kamu tetap perlu bergaul dengan orang disekeliling kamu kerana kamu perlu mempunyai teman akrab. Bagi kamu, cinta itu satu dan meluaskan pergaulan dengan teman-teman bukan bermakna kasih dan sayang kamu tergugat.
-Selain itu, mimpi tersebut seolah-olah memberitahu kamu bahawa kamu dan pasangan perlu berbincang demi memperbaiki hubungan kearah yang lebih baik. Sekiranya perbincangan itu tidak berhasil, anggap sahaja si dia sememangnya tidak serasi untukmu.

BERCINTA SESAMA JANTINA
~Mimpi ini tidak bererti kamu bersifat gay/lesbian. Sebaliknya mimpi ini membawa maksud kamu terlalu menginginkan pasangan yang memahami segala kehendak dan kemahuan diri kamu.

Kebaikan mimpi
-Kamu harus lebih bijak berkomunikasi dengan pasangan mu agar saling memahami kehendak dan kemahuan masing-masing disamping dapat membina satu perhubungan yang lebih harmoni.

BERCINTA DENGAN BEKAS KEKASIH
~Ini bererti kamu masih lagi rasa ragu-ragu dan kurang yakin dengan perhubungan kamu dan pasanganmu sekarang. Justeru kamu harus mengambil langkah bijak untuk menyelesaikan segala persoalan yang wujud di dalam perhubungan kalian. Namun sekiranya kamu belum memiliki pasangan, ini bererti ada sesuatu perkara yang menggangumu dan ia berkait rapat dengan kehidupan harianmu.

Kebaikan mimpi
-Mimpi ini menyedarkan kamu agar lebih berhati-hati dalam perhubungan.
-Disamping itu, mimpi ini turut mengajar kamu agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Sejarah lalu biarlah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup kamu bagi menempuh kehidupan mendatang. Mulakan hubungan kalian dengan langkah-langkah baru.

Penulis : Syed Omar Bin Syed Abdul Hamid

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...